DRB-Hicom nafi dakwaan jual semua saham Proton miliknya

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

DRB-Hicom telah menafikan dakwaan sebuah akhbar perniagaan mingguan bahawa ia akan menjual kesemua sahamnya di dalam Proton Holdings Berhad.

Menurut akhbar The Star , kumpulan DRB-Hicom sedang sibuk untuk membantu Proton dalam proses pemulihan agar jenama kenderaan nasional pertama negara itu akan kembali berdaya saing.

"DRB-Hicom sangat komited dalam pegangan sahamnya di dalam Proton Holdings Bhd," kata kenyataan rasmi mereka har ini.

Antara keperluan yang perlu dilangsaikan oleh Proton selepas menerima suntikan modal sebanyak RM1.5 billion itu ialah Proton perlu mencari rakan kongsi tetap yang mampu memberikan pertolongan secara strategik dan mampu beroperasi dengan kehendak pasaran tempatan  dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaan automotif Proton.

DRB-Hicom berkata usaha itu akan siap pada suku pertama tahun 2017 dan implementasi akan dibantu oleh jawatankuasa Task Force yang telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawasi proses pemulihan Proton.

DRB-Hicom akan membuat pengumuman kepada Bursa Saham bila semuanya sudah bersedia dan keperluan itu wujud.