Koleos dilancar

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
TC Euro Cars (TCEC) telah membuka tempahan untuk Koleos serba baharu – SUV utama yang terkini daripada Renault. Dijangka dilancarkan pada September, Renault Koleos serba baharu ini menampilkan rangkaian kuasa dan teknologi enjin petrol Renault 2.5 liter yang berkuasa dipadankan dengan transmisi automatik X-Tronic baharu yangmengoptimumkan penjimatan bahan api. Print Enjin yang efisien ini mampu menjana kuasa maksimum 171 PS dan tork puncak 226Nm. Ia juga sangat responsif pada kelajuan enjin yang rendah dan sederhana dengan tork 200Nm boleh diperoleh pada 1,800rpm. Print Ciri utama bahagian luaran dan dalaman Renault Koleos serba baharu termasuklah:
  • Garis luaran yang berkuasa dan maskular
  • Lampu utama Pure Vision LED Sepenuhnya dengan lampu nyalaan siang berbentuk C
  • Rim aloi premium bersaiz 18 inci
  • Ruang kabin yang halus buatannya dan selesa. Rekaan, tempat duduk dan dimensi antara yang terbaik dalam segmennya
  • Ruang dalaman yang mendahului kelasnya. Bahagian kaki penumpang belakang yang luas untuk keselesaan maksimum
  • Komponen yang dikongsi dengan model-model mewah Renault  seperti sistem infotainmen R-LINK 2
  • Instrumen paparan menerusi skirn warna TFT bersaiz 7 inci dan lampu ambien. Kedua-duanya boleh diubah suai menggunakan satu palet warna lampu untuk disesuaikan dengan mood pemandu dan penumpang
  • Amaran titik buta
  • Enam beg udara
Koleos ini ditawarkan pada harga RM172,800 di Semenanjung Malaysia dan RM116,800 di Langkawi (di atas jalan dan GST, tidak termasuk insurans dan untuk pendaftaran peribadi sahaja). Print