Serena S-Hybrid Impul sudah tiba

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah melancarkan varian sporty IMPUL untuk model MPV Serena S-Hybrid. Dengan talaan IMPUL, Serena S-Hybrid nyata nampak lebih ranggi dan sporty, walaupun ia kekal praktikal dengan ruangan dalam yang sangat luas dan kombinasi susunan kerusi yang sangat kreatif. MPV 8-tempat duduk  talaan IMPUL itu ditawarkan dalam dua variasi:
  • 2.0L IMPUL Highway Star dengan harga RM145,578.59
  • 2.0L IMPUL Premium Highway Star dengan harga RM155,863.43 (tambahan karpet lantai, visor pintu, gabungan kulit campuran untuk kemasan dalam siap dengan logo IMPUL, sistem Multimedia Navigator, sensor pengundur, spoiler bumbung dan filem tint keselamatan 4mm tebal oleh V-Kool)
Kedua harga tersebut ialah harga atas jalan (OTR) dengan GST tetapi tanpa insurans, dan untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Pakel talaan IMPUL pula memberikan anda beberapa komponen IMPUL seperti:
  • Bumper hadapan IMPUL serba baharu
  • Spoiler IMPUL untuk bumper belakang
  • Skirt sisi jenis IMPUL
  • Spoiler bumbung jenis IMPUL
  • IMPUL chrome sport ducst
  • Kemasan bonet krom IMPUL
  • Rim aloi IMPUL Aura SX-50 saiz 18-inci dengan kemasan kelabu metalik dan keemasan berkilat
  • Tayar Michelin Pilot Sport 3
  [gallery columns="2" size="medium" ids="12664,12665"] Untuk anda yang telah memiliki Serena S-Hybrid pula, anda masih boleh meng-IMPUL-kan MPV anda. Di bawah ialah senarai harga komponen IMPUL, termasuk GST:
  • Set aerokit IMPUL lengkap (bodykit) - RM6,360
  • Rim aloi 18-inci IMPUL Aura SX-50 (4 unit) - RM5,830
  • Tayar Michelin Pilot Sport 3 (4 unit, saiz 225/45 R18) - RM3,339
  • IMPUL chrome sport ducts - RM1,113
  • Kemasan bonet krom IMPUL - RM848
Satu set lengkap itu berharga RM17,490 tetapi anda tidak dapat membeli balutan kulit campuran dengan logo IMPUL yang ditawarkan hanya untuk pembelian Serena S-Hybrid 2.0L IMPUL Premium Highway Star. Perlu diingatkan set talaan IMPUL ini hanya lebih kepada aksesori luaran sahaja. Tidak ada talaan sistem gantungan seperti spring sport atau ekzos sport mahupun penyerap hentap IMPUL. Tetapi rim 18-inci dengan tayar Michelin Pilot Sport 3 pasti memberikan cengkaman yang lebih mantap. IMPUL sebenarnya ialah sebuah syarikat talaan (tuning company) khas untuk kenderaan Nissan di Jepun. Ia mempunyai sejarah perlumbaan dengan jenama Nissan dan ia sangat popular di sana. Keputusan terkini mereka yang boleh dibanggakan ialah tempat kedua dalam perlumbaan Super GT 2015 dalam kelas GT500 dengan kenderaan Calsonic IMPUL GT-R. Untuk mereka yang ingin membeli komponen IMPUL, sila hubungi unit IMPUL di ETCM melalui talian 03-4047 8786 atau e-mel kan permintaan anda ke [email protected] Anda juga boleh menjamu mata anda di www.impul.com.my