9 perkara anda perlu tahu tentang Yamaha MT-09 Tracer

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan model touring terbaharu yang bakal menjadi igauan ramai, terutama peminat jenama Rossi ini. Careta sediakan 9 fakta yang anda perlu ketahui tentang MT-09 Tracer ini dan kenapa anda, sebagai seorang kaki motor yang hebat, perlu pergi melihat motosikal ini sendiri bila ia tiba di dewan pameran pengedar yamaha terpilih selepas Hari Raya nanti. 1. Ia ialah edisi sport-touring dari model asal MT-09 naked. Enjin, kerangka, kotak gear, brek dan suspensi diambil terus dari MT-09 tetapi sistem suspensi dinaik-taraf untuk lebih tinggi. Anda boleh pilih apa-apa warna asalkan ia Race Blu. 2. Tempat duduk MT-09 Tracer boleh dilaras ketinggigan. Tidak seperti MT-09 naked, tempat duduk MT-09 Tracer boleh dilaras ketinggiannya dari 845 mm hingga 860 mm. Ia masih lebih tinggi dari MT-09 yang mempunyai tempat duduk pada ketinggian cuma 815 mm. Lihat gambar di bawah saiz MT-09 Tracer dengan seorang penunggang setinggi 170 cm. tracer 170cm 3. Bar hendal MT-09 Tracer boleh dilaras Bar hendal MT-09 Tracer lebih lebar, lebih tinggi dan lebih rapat kepada penunggang berbanding dengan MT-09. malah, ia boleh dilaras ke depan dan ke belakang dalam jarak 10 mm, sesuai dengan ciri sebuah sport tourer. 4. Apa itu sport tourer? Sport tourer ialah genre motosikal yang direka untuk penunggangan jauh tetapi masih lincah. Tourer besar seperti BMW R1200 GS atau Kawasaki GTR 1400 berat dan besar. Sport tourer lebih kompak, ringan dan lincah serta ligat. Jika anda seorang rider yang gemar jalan selurus pembaris dan suka dengan rumah tol serta R&R, tourer besar lebih sesuai. Sekiranya anda seorang rider yang lebih agresif, lebih adventurous dan mempunyai kawalan motosikal yang lebih baik, sport tourer lebih seronok ditunggang di jalan-jalan biasa tidak bertol.   yamaha_2015_mt09_tracer_039 5. Tangki minyak MT-09 Tracer bersaiz 18 liter. Dengan penggunaan minyak 19km/L, setangki minyak MT-09 Tracer dikatakan boleh membawa anda sejauh lebih dari 290 km (menurut Yamaha UK) 6. Ia mempunyai nisbah kuasa kepada berat (power to weight ratio) yang terbaik Fakta kiraan membuktikan Yamaha MT-09 Tracer ini mempunyai nisbah kuasa kepada berat yang lebih baik dari Ducati Hyperstrada, Triumph Tiger Sport, Kawasaki Versys 1000 dan BMW F800 GS. 7. Ia model mampu milik Yamaha MT-09 Tracer lebih sesuai dibandingkan dengan Versys 1000 kerana saiz enjin dan tenaga yang lebih besar dari Versys 650. Dan jika dibandingkan dengan model Ducati Hyperstrada, Triumph Tiger Sport, Kawasaki Versys 1000 dan BMW F800 GS, Yamaha MT-09 Tracer ialah model yang paling mampu milik. 8. Yamaha MT-09 Tracer ada TCS dan ABS dan Riding Modes Ya, Traction Control System dan Anti-lock Braking System adalah dua sistem keselamatan standard pada Tracer. Ia memastikan penunggangan dalam keadaan permukaan licin lebih selamat dan membantu penunggang mengawal motosikal semasa kecemasan. Riding Modes pula ialah pemetaan suntikan bahan api untuk memberikan tunggangan berlainan. Ada tiga mode semuanya - A, B dan Standard. th_2015_YAM_MT09TR_EU_MNM3_DET_013 9. Ia menggunakan teknologi lampu LED Yamaha MT-09 Tracer menggunakan lampu hadapan dari jenis LED, yang jauh lebih terang darilampu halogen atau lampu HID pada kereta. Teknologi lampu LED digunakan pada kenderaan seperti Mercedes-Benz, BMW, Audi dan sebagainya. Sekarang pasti anda faham kenapa Tracer menjadi sensasi di mana-mana negara ia dipasarkan kerana strategi Yamaha Motors sekarang ini ialah - motosikal dengan pakej terbaik, prestasi optimum dan harga yang menarik. Baca laporan pelancaran Yamaha MT-09 Tracer di pautan ini. Baca perbezaan spesifikasi Yamaha MT-09 Tracer ini dengan motosikal lain dalam genre yang sama di pautan ini. [caption id="attachment_12634" align="aligncenter" width="620"]yamaha_2015_mt09_tracer_008 Panniers tidak datang sekali sebagai alatan standard Tracer. Givi ada menjual rak dan panniers sesuai untuk model ini.[/caption]