Yamaha lancar MT-09 Tracer - RM59,900

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan model tourer MT-09 Tracer mereka semalam.

Model yang diimport sepenuhnya dari Jepun itu ialah antara model Yamaha yang paling popular di dunia setelah dilancarkan hujung tahun lalu.

Dengan berat kering 190 kg, ia dikuasai oleh enjin 847 cc 3-silinder yang sama dengan enjin pada MT-09. Malah kerangka dan sistem yang digunakan juga sama, cuma dilakukan perubahan pada ukuran ketinggian dan sebagainya dan badan yang diubah untuk melengkapkan Tracer sebagai sebuah tourer ringan.

Tracer juga diberikan sistem-sistem keselamatan yang lebih baik, seperti Traction Control System dan ABS.

Dari segi teknikal, MT-09 Tracer ialah abang kembar kepada model CKD Yamaha MT-09 stretbike yang telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini. Harga MT-09 ialah RM44,653.

Model MT-09 Tracer ini akan datang ke dewan pameran pengedar Yamaha terpilih bermula pada pertengahan bulan Julai nanti. Ia hanya datang dalam satu trim warna, Race Blu.

Sesuai dengan genre touringnya, ia bakal bersaing dengan model-model seperti Kawasaki Versys 1000 pada harga RM75,490, BMW F800-GS pada RM61,900, Triumph Tiger XRx 800 pada RM66,900.

Baca perbezaan spesifikasi antara Yamaha MT-09 Tracer dengan model-model tersebut pada pautan ini.

Belajar 9 perkara yang wajib anda tahu mengenai Yamaha MT-09 Tracer di pautan ini.

Lihat galeri gambar MT-09 Tracer di bawah. [gallery size="medium" ids="12630,12631,12632,12633,12634,12635,12636,12637,12638,12639,12640,12641"]