Bentley anjur pertandingan untuk pelajar - pemenang dibawa menikmati Asian LeMans Series

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kempen 'Education Is Great' anjuran Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur turut disertai oleh Bentley Kuala Lumpur yang mengadakan pertandingan #beExtraordinary untuk pelajar sekolah antarabangsa sekitar Kuala Lumpur. Dalam pertandingan yang melibatkan pelajar dari sekolah The Alice Smith School, British International School, Epsom College in Malaysia dan International School ParkCity ini, pelajar dikehendaki mereka kereta Bentley untuk tahun 2050, seterusnya membentangkan rekaan mereka kepada The Duke of York, Prince Andrew. Selepas dipersetujui juri, pemenang yang diumumkan adalah International School ParkCity, dengan hadiah utama akan dibawa mengalami sendiri Asian LeMans Series manakala di tempat kedua, The Alice Smith School, dengan skor yang begitu hampir, turut diberikan ganjaran sama. Pasukan lain pula diberikan barangan rasmi Bentley sebagai tanda penghargaan dan usaha mereka.