Kemalangan maut pertama untuk Tesla guna sistem autopilot

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tesla Motors mengakui semalam bahawa seorang pemandu kereta elektrik Tesla Model S telah mati di dalam satu kemalangan pada 7 Mei lalu.

Kemalangan maut itu berlaku di Williston, Florida, Amerika Syarikat (AS) apabila pemandu Model S itu, Joshua Brown, 40 yang berasal dari Ohio, menggunakan sistem pandu sendiri atau autopilot ketika memandu di sebuah lebuhraya.

Sistem autopliot Tesla itu gagal berfungsi apabila ia melihat langit biru dari bawah treler yang ditarik oleh sebuah lori besar dan sedang melintas lebuhraya tersebut. Tesla milik Joshua itu memecut dengan kelajuan maksima untuk "terus ke hadapan" tanpa sedar ia tidak akan melepasi ruang di bawah treler itu.

Menurut laporan polis, bahagian atas Model S itu tersiat terus. Pemandu lori treler tersebut, Frank Baressi, 62 dari Tampa, Florida, tidak tercedera.

Penguatkuasa Keselamatan Lebuhraya Nasional Amerika Syarikat (NHTSA), sebuah badan yang bertanggung-jawab menegani keselamatan kenderaan yang dijual kepada umum di AS telah mengumumkan telah membuka kertas siasatan mengenai kemalangan tersebut.

Tesla Motors bagaimanapun seperti cuba untuk menidakkan kesalahan sistem itu. Di dalam kenyataan Tesla Motor, ia adalah kemalangan maut pertama sejak sistem autopilot itu telah digunakan oleh semua pelanngan mereka untuk kompilasi perjalanan sejauh 130 juta batu.

"Statistik kenderaan di AS membuktikan bahawa akan ada kemalangan maut untuk setiap 94 juta batu yang dipandu," ujar kenyataan Tesla itu lagi.

"Perisian auto-pilot itu direka agar pengguna sering memegang stereng Tesla mereka untuk memastikan pemandu tidak cuai. Sistem auto-pilot ini belum lagi sempurna dan perlu input dari manusia," tambah mereka.

Sistem auto-pilot Tesla menggunakan radar hadapan, kamera, pembaca ultrasonic sonar dan sistem navigasi dan GPS.

Walaupun ramai pakar berkata teknologi auto-pilot ini akan muncul di Malaysia, Careta berpendapat ujian terperinci patut dilakukan di negara-negara membangun seperti Malaysia dan Thailand kerana di sini, motosikal dan kenderaan lain memecut laju di antara kenderaan.

TESLA