Porsche Panamera generasi baharu dipertonton

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dalam satu majlis gemilang di Berlin beberapa hari lepas, Porsche telah mempersembahkan buat pertama kalinya Panamera generasi kedua yang dibangunkan secara menyeluruh untuk memperbaharui model sebelum ini yang mula diperkenalkan pada tahun 2009. Perubahan penampilan
  • Lebih banyak ciri seperti model 911
  • Gril dan corong udara lebih agresif
  • Lampu LED sepanjang bahagian belakang, dari kiri ke kanan
  • garis badan tepi yang lebih tegap
  • rim aloi baharu
  • 35mm lebih panjang
  • 5mm lebih lebar
  • 5mm lebih tinggi
  • jarak roda 30mm lebih panjang
  • Sayap belakang boleh naik secara automatik
  • ekzos lebih besar
Untuk enjin, Panamera baharu ini menggunakan unit 'twin-turbo' baharu yang lebih berkuasa, dan apabila digabungkan dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan (PDK II) baharu, pada masa sama penggunaan bahan apinya menjadi 16 peratus lebih jimat. 2017-porsche-panamera (3) Panamera Turbo
  • 4.0-litre V8 Turbo
  • 550 hp, 770Nm
  • 0-100km/j dalam 3.8 saat (atau 3.6 saat dengan pilihan Sport Chrono pack)
  • penggunaan bahan api bercampur 9.4 – 9.3 l/100 km
2017-porsche-panamera (1) Panamera 4S
  • 2.9-litre twin-turbo V6
  • 440 hp
  • 0-100km/j dalam 4.2 saat dengan Sport Chrono pack
  • penggunaan bahan api bercampur 8.2 – 8.1 l/100 km
2017-porsche-panamera (5) Panamera 4S Diesel
  • V8
  • 422 hp, 850 Nm
  • 0-100km/j dalam 4.3 saat dengan Sport Chrono pack
  • penggunaan bahan api bercampur 6.8 – 6.7 l/100 km
2017-porsche-panamera (4) Peningkatan lain
  • suspensi udara adaptif kini menggunakan rekaan tiga kelongsong
  • pilihan fungsi 'rear axle steering' seperti 911 dan sistem pengurusan casis 4D Chassis Control
  • pengenalan sistem InnoDrive yang dapat mengumpul data navigasi, radar dan video, seterusnya mengira input minyak dan pilihan gear terbaik untuk jalan 3 kilometer di hadapan
Pada bahagian dalam, Porsche mengambil pendekatan untuk menjadikannya lebih ringkas dan kemas dengan kelengkapan berteknologi seperti
  • dua skrin 7 inci di bahagian panel meter
  • satu skrin 12.3 inci di bahagian konsol tengah
  • butang kawalan tersendiri untuk penumpang belakang
Porsche Panamera generasi kedua sudah boleh ditempah untuk pasaran Jerman pada harga 113,027 euro (RM500,987) untuk 4S, 116,954 euro (RM518,393) untuk 4S Diesel dan 153,011 euro (RM678,215) untuk Turbo. Ia dijangka dapat diberikan kepada pelanggan awal November ini.