Jaminan 5 tahun bagi tayar PLT keluaran Continental

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kini semua tayar trak ringan dan penumpang (PLT) berjenama Continental, Dunlop dan Viking yang dijual di Malaysia dilindungi 5-tahun jaminan dari tarikh pembelian. Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd (CTM) telah mengumumkan pelancaran program jaminan 5 tahun waranti dari tarikh pembelian, yang merupakan julung kalinya diperkenalkan dalam industri tayar. 5 years warranty logo 02.pngTayar PLT merujuk kepada semua tayar kenderaan yang direka untuk kenderaan penumpang seberat sehingga tiga tan, termasuklah tayar radial motosikal. Ini bermakna waranti ini turut meliputi tayar kereta penumpang dan motosikal bukan komersial. Terdahulu, semua tayar  (PLT) tayar trak ringan dan penumpang  didatangkan dengan jaminan standard global Continental selama dua tahun dari tarikh pembelian oleh pelanggan. CTM kini menawarkan tambahan tiga tahun jaminan lanjutan dalam pasaran Malaysia, menjadikannya sebagai waranti lima tahun dari tarikh pembelian. Lanjutan jaminan ini adalah terpakai untuk pasaran Malaysia sahaja, dengan syarat bahawa tarikh pembelian oleh pengguna adalah dalam jangkamasa lima tahun dari tarikh pengilangan. Jaminan ini ditawarkan untuk pasaran Malaysia bagi pembelian tayar trak ringan dan penumpang (PLT) bermula 1 Jan 2016. Dalam ertikata lain, sebelum 1 Jan, 2016, Continental menawarkan jaminan 5 tahun hanya dari tarikh pengilangan. Mulai 1 Jan, 2016 dan seterusnya, mereka menawarkan 5 tahun jaminan dari tarikh pembelian, dengan syarat tarikh pembelian adalah dalam tempoh 5 tahun daripada tarikh pengilangan (Date Of Manufacture). Resit asal / bukti pembelian adalah diperlukan sebagai sebahagian syarat, pelarasan mungkin dibuat terhadap waranti ini berdasarkan baki kedalaman bunga tayar yang masih ada, dan sebarang pelarasan produk di bawah jaminan ini akan dipertimbangkan setelah pemeriksaan tayar oleh wakil bertauliah CTM.

Waranti ini mencakupi  kerosakan berpunca pengilangan dan sepertinya. Maklumat lanjut waranti lima tahun ini boleh didapati dari  www.continental-tyres.com.my.