Pemilik Hyundai nikmati penjimatan servis

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Anda memiliki sebuah model Hyundai yang tidak lagi di bawah jaminan? Kini anda boleh nikmati penjimatan dari pusat servis Hyundai yang menawarkan upah percuma bagi peukaran pelincir (minyak enjin dan penapis minyak) untuk kereta anda. Inisiatif oleh Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) bertujuan membantu pelanggan menjimatkan kos dalam menjaga kereta mereka. Selain pengecualian caj buruh umtuk penukaran pelincir, Hyundai turut menawarkan pemeriksaan percuma 20 aspek kereta termasuk pelapik brek, galas, tayar, pengelap cermin depan, cecair radiator, palam pencucuh, dan lain-lain Inisiatif ini membantu pemilik Hyundai menjimatkan purata RM100 bagi setiap perkhidmatan (bergantung kepada model). Amalan servis kereta di sebuah pusat servis yang dibenarkan akan memastikan penyenggaraan dan alat ganti Hyundai tulen, yang meningkatkan jangka hayat kereta anda. Hyundai models parked at service bays @ Hyundai's Authorised Service Centre