Proton Inspira dan Exora dipanggil balik

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Proton telah memanggil balik model Inspira dan Exora mereka. Bagi Proton Inspira, ia merupakan susulan masalah suis indikator yang dialami beberapa model Mitsubishi di seluruh dunia. Proton Inspira menggunakan suis indikator yang sama dibekalkan oleh Mitsubishi. Sebanyak 20,330 kenderaan Inspira terlibat, iaitu yang dikeluarkan dari tahun 2010 hingga 2014. Sementara itu 90,000 kenderaan model Proton Exora 1.6 CPS yang dikeluarkan dari 2009 hingga 2015 turut dipanggil balik untuk pemeriksaan hos bahanapi di bahagian enjin. Semua kos yang terlibat akan ditanggung Proton. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 1-800-888-309 atau layari www.carinquiry.proton.com Semakin modern sebuah kenderaan, semakin banyak isu teknikal yang perlu diubah dari masa ke semasa. Adalah normal untuk sebuah syarikat pengeluar melakukan panggil-semula atau "recall" cuma di Malaysia, ia tidak dipanggil dengan nama yang sama. Contohnya, Honda dan Toyota akan menggunakan perkataan "technical update" atau "pembaharuan teknikal" untuk proses recall mereka. Dan ada juga program panggil-semula yang dilakukan secara senyap atau dilakukan semasa kenderaan di hantar ke pusat servis. Tiada lagi undang-undang di Malaysia yang mewajibkan pengilang kenderaan membuat panggil-semula secara rasmi atau melaporkan perkembangannya secara rasmi kepada kerajaan. Di bawah ialah siaran akhbar dari Proton. SIARAN MEDIA-PROTON MEMANGGIL SEMULA UNTUK PENAMBAHBAIKAN-1   Inspira