Dapatkan bantuan pakar untuk kerjaya automotif

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Ini adalah peluang baik bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang automotif. Sekumpulan pakar dalam industri ini akan bekerjasama secara sukarela dalam satu program yang digelar sebagai 'Unemployed Graduate Trainee Program' (UGTP) ini. Tujuannya adalah untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan graduan dalam industri automotif dan memadankan mereka dengan syarikat yang memerlukan. Antara bahagiannya adalah seperti operasi runcit, CRM, pemasaran dan jualan, servis dan alat ganti, serta pentadbiran kewangan. Pakar yang terlibat pula termasuk Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Merdeka LHS (sebuah syarikat perunding jenama), Tony Savarimuthu, Ketua kepada eBay Malaysia, Wong Mei Inn, Pakar Perundangan pekerjaan, Datuk Thavalingam dan ramai lagi.

Sekiranya anda berminat, layari www.acsasiapac.com dan muat turun informasi serta borang penyertaan program, kemudian dihantar kembali sebelum 17 Jun 2016.

Peserta yang terpilih hanya perlu membayar kadar minimal iaitu RM200 untuk perbelanjaan sepanjang program berjalan.

0001