Shawn Seelan - Buat sendiri lagi baik dari beli!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk peminat motosikal, pembikinan motosikal “custom” memang antara yang popular.

Ramai yang ada motosikal “custom”, tak ramai yang membuat sendiri motosikal custom mereka tetapi kami yakin, lebih jarang untuk berjumpa dengan seorang pemuda berusia 18 tahun yang membuat sendiri motosikal custom.

Shawn Seelan, 18 tahun, adalah antara mereka yang jarang kita jumpa. Penuntut kolej yang tinggal di Jalan Ipoh ini sememangnya mempunyai bakat yang sangat besar kerana beliau sudah mula membuat modifikasi motosikal sejak berusia 14 tahun!

[gallery size="medium" ids="10091,10092,10093"]

Anak kepada sepasang guru bersara ini sangat beruntung kerana mempunyai ibubapa yang faham dan menyokong hobi beliau. Lawatan Careta ke rumahnya melihat barisan motosikal dan skuter yang tersusun kemas.

“Sebenarnya, anjung ini ialah bengkel saya,” ujar Shawn.

[gallery size="medium" ids="10102,10100,10101"]

Benar sekali kerana ternampak alatan dan perkakasan serta alatganti tersusun kemas dan rapi di rak-rak. Dan ada juga beberapa perabot yang dibuatnya sendiri. Di dinding, tergantung sebuah gitar “kapok” lama yang ditebuk dan dijadikan rak. Meja minum pula dibuat dari alatganti dan gegancu motosikal, kemudian diletakkan sekeping kaca tebal sebagai meja.

“Saya mula belajar mengimpal semasa umur saya 14 tahun. Saya belajar di bengkel kawan dan motosikal custom pertama saya ialah EX-5 bersalut krom. Ia siap sepenuhnya selepas saya habis peperiksaan PMR,” sambung beliau.

Sebenarnya, motosikal EX-5 itu memenangi pertandingan motosikal custom dalam pameran All Bikes Concorse anjuran akhbar harian New Straits Times. Ayah Shawn, Seelan Arianayagam dan ibunya, Molly Seelan, tidak pernah melarang Shawn dari hobi uniknya ini.

[gallery size="medium" ids="10094,10095,10096"]

“Saya sendiri yang banyak membeli skuter-skuter dan motosikal lama dari Jepun melalui laman web. Motosikal-motosikal itu semuanya sudah dikira bahan terbuang atau barang lusuh di Jepun, dan saya beli dengan murah. Kemudian, Shawn akan membaiki semuanya dan ada yang dimodifikasi untuk kepuasan hati,” terang Seelan yang kini sudah bersara dari jawatan seorang guru.

Motosikal-motosikal yang dibawa masuk dari Jepun itu tidak boleh digunakan di jalanraya kerana ia dibeli sebagai barang lusuh dan tidak memerlukan permit AP. Ia hanya boleh digunakan di dalam kawasan persendirian. Antara model-model motosikal dan skuter yang terdapat dalam koleksi Shawn ialah Honda Gorilla, Honda Monkey, Honda Ruckus, Suzuki Choinori, Honda Motocompo dan banyak lagi memang popular di Jepun sahaja.

Shawn akan mengkaji jentera tersebut, membaraikan komponen-komponen dan akan cuba membaik pulih kesemuanya. Kerana itu, beliau sangat arif tentang enjin dan sistem elektrik kenderaan.

[gallery size="medium" ids="10097,10098,10099"]

Sebenarnya, Shawn bukan sahaja arif tentang motosikal tetapi beliau juga ialah seorang pelumba kereta profesional. DI rumahnya ada sebuah Honda Civic EK9 dan sebuah Mitsubishi Mirage Cyborg asli. Sebenarnya, dipercayai hanya ada empat atau lima buah Mirage Cyborg di Malaysia ini dan Shawn memiliki sebuah.

“Saya lakukan sendiri persediaan untuk berlumba, dan kerana itu saya akan cuba membuat talaan sendiri untuk enjin kereta-kereta saya sebelum saya ke trek,” ujar Shawn.

Shawn yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor haiwan atau pakar vetinari masih lagi giat membuat modifikasi motosikal. Skuter Ruckus diubahsuai agar menjadi lebih panjang, dan lebih rendah. Ada juga kapchai yang diubahsuai menjadi sebuah supermotard. Malah, motosikal kapchai Honda milik kakak Shawn sudah ditukar menjadi seperti sebuah kapchai MX kerana menggunakan tayar dan roda yang lebih besar.

Kualiti kerja Shawn boleh dibanggakan kerana usianya yang muda dan idea-idea dari Shawn lebih segar - mungkin kerana beliau ialah antara “custom-builder” termuda pernah diketahui umum.

Apapun, Careta akan mengikuti perkembangan Shawn dan akan kami kongsikan bersama pembaca.

Sekiranya anda hendak melawat acara Art Of Speed yang akan diadakan pada hujung minggu ini (28 dan 29 Mei, 2016), pastikan anda melihat sendiri motosikal-motosikal custom buatan Shawn!

[gallery size="medium" ids="10103,10104,10105,10106,10107,10108,10109,10110,10111,10112,10113,10114,10115,10116,10117,10118,10119,10120,10121,10122,10123,10124,10125,10126,10127,10128,10129"]