Lekat pada kereta selepas dilanggar?

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Google telah mempatenkan satu ciri keselamatan kreatif iaitu sejenis gam yang akan melekatkan pejalan kaki kepada kereta sekiranya berlaku kemalangan. Tujuannya adalah supaya pejalan kaki yang dilanggar tidak akan terpelanting setelah dilanggar, bagi mengelakkan kecederakan kepada diri mereka sendiri. Sistem ini mengambil pendekatan yang bertentangan dengan beg udara pejalan kaki. Satu lapisan pelekat dipasang pada bonet dan panel sisi bahagian depan kereta pandu sendiri Google yang telah kita kenali dulu. Lapisan melekit in akan dilindungi oleh satu lapisan nipis yang direka untuk pecah apabila dikenakan impak pelanggaran. Sekiranya kereta itu bertembung dengan pejalan kaki, impak pelanggaran akan memecahkan lapisan nipis pelindung itu, mendedahkan lapisan pelekat dan melekatkan orang yang dilanggar itu pada bahagian depan kereta, lalu mampu mengelakkan kesan sekunder yang boleh dialami jika orang yang dilanggar itu terpelanting ke jalan raya atau kepada objek lain. Seperti kebanyakan paten, teknologi ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan, dan Google turut mengakui bahawa ia mungkin hanya satu penyelesaian sementara. Malah mekanisme keselamatan sebegini mungkin menjadi tidak diperlukan satu masa nanti kerana teknologi mengelakkan pelanggaran semakin canggih dibangunkan.