Kemenangan Tengku Amirul dibatalkan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Tengku Amirul Haffirudin,pendahulu kategori CP115  telah didapati memasuki ke laluan pelumba lain sewaktu perlumbaan akhir CP115 bermula semasa perlumbaan akhir pada saingan pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Pasir Mas, Kelantan, semalam. Akibat tindakan tersebut, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu telah menyebabkan tiga pelumba terbabit dalam kemalangan dan perlumbaan terpaksa dihentikan seketika selepas bendera merah dikibarkan akibat insiden tersebut. Selepas siasatan steward perlumbaan, Tengku Amirul dikenakan tindakan kerana mempamerkan aksi kurang semangat kesukanan (unsporting race behaviour). Dengan itu beliau telah dibatalkan penyertaannya dari Pusingan 4. Maka dengan ini Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor yang berada di kedudukan kedua telah diisytihar sebagai juara perlumbaan dengan pelumba M Seki Liberty Honda, Mohd Aznil Mohd Ali dan pelumba  GiVi Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar turut dinaiktaraf ke kedudukan kedua dan ketiga. Namun tidak menjejaskan kedudukan Tengku Amirul sebagai pendahulu keseluruhan dengan 70 mata walaupun tidak dianugerah sebarang mata pada pusingan ini. [caption id="attachment_10083" align="alignnone" width="620"]Tengku Amirul (tengah) ketika di podium kemenangan sebelum pembatalan penyertaannya. Tengku Amirul (tengah) ketika di podium kemenangan sebelum pembatalan penyertaannya.[/caption]