Hari terakhir My Auto Fest - kenapa harus datang!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ini ialah hari ketiga dan hari terakhir untuk pameran My Auto Fest yang sedang berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (di belakang pusat membeli belah The Mines). Masuk adalah percuma dan kami ada sebab-sebab kenapa anda harus datang ke pameran tersebut. Jangan risau, bawa sekali si isteri dan anak-anak kerana ia ada pelbagai pameran dan aktiviti untuk semua. Di bawah ialah sebab-sebab kenapa anda perlu wujud di My Auto Fest hari ini. Lihat Honda Civic Generasi ke-10 MyAutoFest2016-40 Honda Malaysia mempunyai pelbagai promosi untuk semua model-model mereka tetapi yang perlu anda lihat ialah Civic generasi ke-10. Segala apa yang kami telah tulis mengenai Civic itu akan hanya difahami dengan lebih mendalam sekiranya anda datang ke My Auto Fest di Mines International Exhibition and Convention Centre (di belakang pusat membeli belah The Mines). Civic baharu ini lebih sporti, lebih premium dan nampak lebih eksotik berbanding dengan mana-mana model Civic sebelum ini, baik dari Civic Cekodok, Civic Mayat, Civic Bullet dan segala jenis Civic lagi. [gallery columns="2" size="medium" ids="10036,10037"] Proton dedah sedikit profil Perdana MyAutoFest2016-3 Proton Perdana memang akan dilancarkan kelak dan gambar-gambar "spyshots" penuh bertaburan. Tetapi, gambar tidak mencukupi. Datang ke My Auto Fest di Mines International Exhibition and Convention Centre (di belakang pusat membeli belah The Mines) dan lihat sendiri profil lampu hadapan dan lampu belakang Perdana. Kami pasti perkataan WOW akan terbit dari bibir mungil anda bila melihat lampu-lampu Perdana itu. Itu baru lampu! [gallery size="medium" columns="2" ids="10040,10039"]   Proton pamer konsep Suprima crossover MyAutoFest2016-79 Proton telah mempamerkan konsep Iriz Activ mereka terdahulu dan konsep itu ada wujud di My Auto Fest, cuma kali ini, Iriz Active ditemani dengan konsep crossover berdasarkan Proton Suprima S. Dengan "body-cladding" dan profil bamper depan dan belakang yang baharu serta cat dalam warna yang "adventurous", Suprima crossover ini nampak sedikit berbeza. Malah, jika dilihat dari beberapa sudut, ia seakan satu kapal dengan Subaru XV. Mungkin Proton perlu melaraskan kembali sistem red-tapes dan birokrasi yang terbukti tidak berkesan itu kerana model-model "make-overs" begini perlu dihasilkan dengan lebih segera. Apa pun, datang ke My Auto Fest di Mines International Exhibition and Convention Centre (di belakang pusat membeli belah The Mines) untuk melihat kedua konsep crossover itu! [gallery columns="2" size="large" ids="10043,10044,10045,10046,10058"] Hyundai Ioniq Hybrid MyAutoFest2016-72 Hyundai menerbangkan masuk sebuah model paling baharu dari jenama itu, Hyundai Ioniq. Ia sebuah hybrid dan bakal berentap dengan model-model hybrid popular dari Jepun seperti Toyota Prius di peringkat global. Adakah anda rasa ia mampu menjadi popular di Malaysia? Datang ke My Auto Fest di Mines International Exhibition and Convention Centre (di belakang pusat membeli belah The Mines) dan lihat sendiri Ioniq ini! [gallery columns="2" size="medium" ids="10064,10063,10062,10061"] Kenderaan elektrik GreenTech MyAutoFest2016-60 Lihat dan pandu uji kenderaan-kenderaan elektrik dari agensi kerajaan Green Tech. Dari model Tesla hingga ke model Nissan Leaf, lihat dan pelajari lebih lanjut tentang kenderaan elektrik! Promosi kenderaan melampau! MyAutoFest2016-58 Jika anda ingin membeli kenderaan baharu untuk hari raya, My Auto Fest memang sangat sesuai kerana ada syarikat yang menawarkan diskaun sehingga hampir RM100,000! Lawati semua gerai pameran di My Auto Fest di Mines International Exhibition and Convention Centre (di belakang pusat membeli belah The Mines) dan lihat sendiri diskaun dan promosi yang diberikan. Dan setiap mereka yang membeli kenderaan semasa My Auto Fest layak masuk peraduan yang menjanjikan sebuah Nissan Almera bernilai RM82,000! Pandu uji berpuluh model kenderaan! MyAutoFest2016-82 Di luar dewan pula diletakkan gerai-gerai untuk anda melihat dan memandu uji kenderaan-kenderaan yang anda berminat. Sekiranya anda dalam proses untuk mencari kenderaan baharu, pandu uji semua model yang ada dalam senarai anda dan pilih yang mana paling sesuai untuk anda dan keluarga anda! [gallery columns="2" size="large" ids="10051,10052"] Barangan merchandise untuk peminat! MyAutoFest2016-53 Jika anda tiada keinginan untuk membeli kereta, tak apa. Banyak dari gerai pameran di My Auto Fest menjual barangan atau "merchandise" dengan harga yang lebih murah dari biasa. Untuk yang teringin t-shirt Proton yang menarik dan "cool", lawati gerai Proton dan pilih saiz dari S ke XXL. Untuk peminat Peugeot, pelbagai barangan Peugeot ada dijual di sana dengan harga yang sangat mampu. Apa lagi, lawati My Auto Fest di Mines International Exhibition and Convention Centre (di belakang pusat membeli belah The Mines) hari ini! [gallery columns="2" size="medium" ids="10054,10055,10056,10057"] Pameran dan jualan aksesori dan komponen kenderaan MyAutoFest2016-67 Selain dari gerai-gerai syarikat kenderaan, ada juga pameran dan jualan dari jenama-jenama aksesori dan komponen-komponen kenderaan. Diskaun dan barangan percuma ada ditawarkan dengan setiap pembelian. [gallery columns="2" size="medium" ids="10065,10066"] Pameran kenderaan komersil MyAutoFest2016-42 Kenderaan komersil turut ada dipamerkan. Dari lori besar Tata ke van perniagaan kecil Daihatsu, lihat sendiri bagaimana sebuah kenderaan komersil baharu mampu menjana lebih keuntungan untuk perniagaan anda. Makan dan jadi hakim di karnival Food Truck! MyAutoFest2016-61 Di dalam dewan pameran My Auto Fest juga diletakkan beberapa Food Trucks, dan sambil anda menjamu selera, anda juga boleh menjadi hakim dan memilih Food Truck mana yang paling sedap. Dan ya, ada hadiah sekiranya komen anda terpilih! Permainan kanak-kanak dan badut! MyAutoFest2016-59 Untuk yang membawa anak-anak, jangan khuatir kerana My Auto Fest ada kawasan permainan "air-castle" untuk kanak-kanak. Kami juga perasan ada dua orang badut yang berlegar-legar di kawasan pameran untuk menghiburkan hari anak-anak anda. Makanan ringan seperti "pop corn" juga ada dijual. Ada gerai untuk kaum hawa! MyAutoFest2016-63 Pastinya kaum wanita tidak dilupakan dan pihak penganjur My Auto Fest turut menyediakan beberapa gerai khas untuk para wanita. Dari makanan kesihatan hinggakan barangan perhiasan diri turut dipamerkan dan dijual. [gallery columns="2" size="medium" ids="10071,10072,10073,10074"]