Nikola Motor tawarkan trak elektrik 2,000hp - tidak perlu dicas

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Syarikat pengeluar kenderaan baharu yang berpusat di Salt Lake City, Amerika Syarikat iaitu Nikola Motor kini menyertai dunia automotif dengan menawarkan jentera elektrik, atau lebih tepat lagi trak pengangkut 6x6. Menariknya, trak yang dipanggil Nikola One ini dikuasakan oleh motor elektrik 800V dan bateri 320kWh, dan mampu menghasilkan kuasa sehingga 2,000hp dan 5,016Nm tork, sementara trak biasa sama segmen dengannya hanya mampu menghasilkan sekitar 400-500hp. [caption id="attachment_10005" align="alignnone" width="1024"]Autodesk VRED Design 2016 Autodesk VRED Design 2016[/caption] Selain itu, pengguna Nikola One juga tidak perlu berhenti menunggu untuk mengecas kembali bateri tersebut kerana ia akan dicas semula melalui sistem turbin yang dikuasakan oleh gas asli dan sistem penjanaan semua kuasa dari brek. Walaubagaimanapun, pemandunya perlu berhenti untuk mengisi gas asli tersebut dan Nikola Motor telah merancang pembinaan 50 buah stesen di sekitar Amerika Syarikat. Nikola One boleh dimiliki secara kontrak pajakan (lease) pada harga USD5,000 untuk 7 tahun atau dibeli terus pada harga USD375,000. Sumber: www.nikolamotor.com