Zulfahmi tamat perkhidmatan sebagai pelumba Moto2

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin telah mengesahkan pengakhiran penglibatannya di dalam Kejuaraan Dunia Moto2 berkuat-kuasa serta merta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Keputusan itu dibuat dengan persetujuan bersama oleh pasukan tersebut setelah penglibatan beliau di dalam empat perlumbaan pada musim ini. 
 

"Menerusi perlumbaan terakhir di Jerez, saya mengalami kesukaran untuk menambah baik keputusan sejak permulaan musim perlumbaan lagi," kata bekas pelumba Moto3 itu. 

"Setelah berfikir panjang dan berbincang dengan ahli pasukan, saya memutuskan untuk menarik diri dari Moto2," tambah beliau. 

Zulfahmi sebelum ini diumumkan bakal menggantikan tempat Hafizh Syahrin Abdullah Februari lalu setelah Hafizh menandatangani perjanjian dengan pasukan Monster Yamaha Tech3.
 

Walaupun kerjayanya sebagai pelumba Moto2 berakhir, khidmat Zulfami masih lagi diperlukan sebagai mentor program Impian ke MotoGP bagi mencungkil bakat terpendam pelumba muda di dalam arena ini. 

CEO Sepang International Circuit, Dato' Razlan mengucapkan ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan kepada Zulfahmi atas sumbangan dan penglibatan beliau di dalam Moto2 World Championship. 

Menurutnya lagi, SIC dijangka akan mengumumkan pengganti Zulfahmi selewat-lewatnya pada minggu ini.