Zen Low tekad perbaiki prestasi pada Ferrari Challenge Trofeo Pirelli Asia Pacific 2018 esok!

oleh Afandi Che Muhamad|
Pelumba pasukan OneApps NAZA Aylezo, Zen Low optimis memperbaiki prestasi semasa bagi merealisasikan misi merangkul gelaran juara pada siri perlumbaan Ferrari Challenge Trofeo Pirelli Asia Pacific 2018 yang berlangsung mulai esok hingga 25 Mac ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengimbau kembali prestasinya pada perlumbaan sama tahun lalu, Zen low berjaya menamatkan perlumbaan tersebut di posisi ketiga.

Low dalam satu kenyataan berkata, dia akan menggunakan pengalaman beraksi pada perlumbaan sebelum ini sebagai motivasi untuk meraih kemenangan pada perlumbaan tersebut nanti.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin memberitahu, pihaknya yakin dengan keupayaan pelumba berkenaan.

Terdahulu, pusingan pertama perlumbaan tersebut esok akan dijalankan di Melbourne, Australia sebelum disusuli dengan New Zealand, China dan Jepun.

Berita Berkenaan

MotorGP
Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah…
Berita Global
Adam yang sudah lima tahun berhari raya di perantauan berkata perasaan sedih masih ada dan beliau…
Berita Domestik
Ikuti temubual bersama Duta Rasmi GAZOO Racing yang turut serta berlumba dan berjaya memenangi…