Zeekr 001 didatangkan dengan kemaskini varian baharu yang dihasilkan terhad sebanyak 1,000 unit sahaja, varian baharu itu dikuasakan pek bateri Kirin 140 kWj dengan jarak gerak tertinggi yang pernah dihasilkan iaitu 1032 km.
Selain itu, ia turut didatangkan dengan pilihan varian pek bateri 86 kWj dan 100 kWj bersama motor tunggal atau berkembar memberikan jarak gerak sejauh 546 hingga 741 km.
Varian dengan motor tunggal menghasilkan 268 HP, manakala varian dengan motor berkembar menghasilkan sehingga 536 HP.
Dari segi luaran, tiada perubahan ketara yang dilakukan oleh Zeekr dimana ia mengekalkan gaya badan seakan shooting brake dan crossover bersama lampu hadapan dengan teknologi LED matrix diinspirasikan dari Lnyk&Co.
Pada bahagian dalaman pula, Zeekr 001 masih dilengkapi skrin infotainment bersaiz 14.7 inci , meter digital 8.8 inci dan skrin sentuh 5.7 inci untuk penumpang belakang.
Bagi meningkatkan lagi rupa 001, Zeekr turut menawarkan pilihan pakej Z Sport dimana ia didatangkan dengan roda aloi tempa 22 inci, kerusi lumba elektrik bersama 18 tetapan, cakera brek bersaiz besar dan angkup Brembo serta upholsteri Alcantara berwarna kelabu.
Zeekr 001 2023 akan mula dihantar pada pelanggan untuk pasaran China bermula suku kedua 2023 dan ditawarkan dengan harga bermula dari CNY300,000 (RM191,403) hingga CNY386,000 (RM246,271).
Sumber: carscoops