Z900 - 6 perkara kenapa kami kata ia hebat

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasaki sudah pun melancarkan model Z900 mereka, antara model naked termodern dari jenama Jepun itu dan ia sudah pun mendapat pelbagai komen baik dari media-media barat.

Careta juga sudahpun menunggang uji model ini dan sekiranya Z800 itu popular kerana harga dan prestasinya, Z900 ialah satu model yang pasti mampu meraih kadar kepopulariti yang lebih baik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini adalah kerana Z900 telah membuktikan kegemilangan Kawasaki dalam menghasilkan motosikal yang berkuasa tinggi, mudah dikendali dan paling penting, lasak. Ia juga menunjukan daya saing serta kekuatan R&D Kawasaki yang sentiasa mendengar komen dan kritikan pengguna.

Di bawah ialah 6 fakta mengenai Z900 yang anda perlu ketahui. 

Kawasaki Z900 datang dalam dua varian - Standard dan Special Edition. Varian Z900 Special Edition datang dengan aksesori seperti penutup pelana belakang, soket 12V, gril radiator, pelindung sisi, penutup kotak engkol, pelindung fork hadapan dan pelindung tangki. 

Enjin serba baharu 4-silinder 948cc sejukan cecair itu diasaskan dari Z1000. Untuk memastikan enjin ini lancar dan kurang gegaran, ia dipasang dengan pengimbang kedua pada aci engkol. Dan enjin ini menghasilkan 125 PS dan 98.6 Nm, 12 PS lebih berbanding dengan Z800 yang menghasilkan 113PS dan 83 Nm. 

Transmisi Z900 direka khusus untuk tugasnya sebagai sebuah jentera streetfighter - 5 nisbah kelajuan pertama adalah pendek (short ratio) dan disusun rapat, memberikan pecutan yang tegar walau dari gear 5 sekali pun. Bagi memberikan lebih keyakinan dan memudahkan operasi tanpa takut termasuk ke nisbah gear terlalu rendah, Kawasaki memberikan Z900 ini klac slipper. Untuk memudahkan penunggangan dalam bandar, sistem bantuan klac menjadikan klac lebih ringan tetapi masih telus dalam operasinya. Dalam gear 6, halaju maksimum melebihi 240 kmsj mampu dicapai (bergantung pada penunggang).

Kerangka Z900 memang serba baharu dan Kawasaki memanggilnya kerangka tiub Trellis, walaupun ia tidak nampak sepertinya. Tak apa kerana yang penting, kerangka seberat 13.5 kg ini ialah 1.5 kg lebih ringan dari kerangka pada model Z650! Dan enjin Z900 ini sebenarnya adalah sebahagian dari kerangka kerana ia mempunyai lima pendakap terus (rigid mounting) kepada blok enjin.

Kerana enjin dan kerangka baharu, Z900 ini ialah lebih kurang 21 kg lebih ringan dari Z800. Dengan enjin yang lebih berkuasa, sememangnya prestasi Z900 ini umpama kumpulan Search dan kumpulan 4U2C jika dibandingkan dengan Z800 lama. Dan walaupun Z900 tiga petala langit lebih hebat, tinggi pelana Z900 pada 795 mm sebenarnya 39 mm lebih rendah berbanding dengan Z800 (834 mm) - membolehkan lebih ramai penunggang mampu menikmatinya. 

 

Harga Z800 semasa dilancarkan dalam tahun 2012 ialah RM47,989 tanpa GST. Harga Z900 pula bermula dari RM49,158 dengan GST. Ada kenaikan minimum tetapi dengan prestasi yang ditawarkan, ia memang peningkatan yang berbaloi. Harga Z900 Special Edition pula ialah pada RMRM50,959 termasuk GST. 
 

Tunggu laporan penuh dari penunggang uji kami Hafiz Takumi The Stick, yang tadi masih lagi menaip laporan beliau dengan kain pelikat dan helmet Shark kesayangannya.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…