Yamaha Tracer GT satu kemungkinan

oleh Careta.my|
MT-10
MT-10
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Belum pun puas melihat model Yamaha MT-10, model street-bike dengan enjin dan kerangka YZF-R1 tetapi dengan talaan lebih rendah untuk kegunaan di jalanan, Yamaha di Eropah sudah pun memfailkan tuntutan hakmilik untuk nama “Tracer GT”. Tracer ialah model touring untuk model-model MT-07 dan MT-09 tetapi belum ada lagi varian touring untuk MT-10. Tracer GT mungkin akan menjadi model tersebut bagi melengkapkan barisan produk touring Yamaha. mt10 b Ini mungkin akan menjadi pesaing kepada model BMW S1000XR dan Ducati Multistrada, keduanya ialah genre dual-purpose yang lebih memihak ke jalanraya tar yang rata dan berliku. Di Eropah, Yamaha sebenarnya sudah pun menawarkan kit touring untuk model MT-10, tetapi ia hanya lambakan aksesori yang dipasang pada MT-10 standard. Gambar-gambar yang dipaparkan di sini semuanya adalah model MT-10 dengan touring kit. Kita boleh jangka Tracer GT datang dengan enjin R1 yang sporti itu, tetapi dengan gaya tunggangan lebih santai dan aksesori-aksesori yang lebih baik. Bagi Careta, Tracer GT memang sesuai untuk dibawa ke jalan Seribu Selekoh Mae Hong Son. mt10-c