Yamaha NVX 155 lengkap dengan ABS dan sistem keyless!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya melancarkan model skuter yang menjadi sebutan ramai, NVX 155 di dalam sebuah majlis rasmi di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Model NVX ini dilengkapi dengan enjin 155cc satu silinder LC4V Blue Core sejukan cecair, suntikan bahan api dan Variable Valve Actuation.

 

NVX engine

Ianya sama dengan enjin NMAX, tetapi ditala untuk penunggangan yang lebih sporti.

NVX pula lebih kepada penungangan santai dan sesuai untuk golongan yang mahukan keselesaan.

Antara ciri-ciri NVX yang wajib anda tahu ialah:

  • Roda aloi 14-inci 
  • Tayar tanpa tiub bersaiz 110/80-14 M/C 53P dan 140/70-14M/C 62P
  • Ruang barang 25 liter di bawah pelana
  • Lampu hadapan berkembar jenis LED
  • Lampu belakang jenis LED
  • Sistem brek dengan ABS (hadapan)
  • Panel digital LCD 5.8 inci dengan tolok VVA
  • Smart key dengan fungsi panic (berguna bila lupa di mana motosikal diparkir)
  • Sistem Start/Stop
  • Fork depan sebesar 26 mm
  • Pemegang belakang bersepadu (intergrated)

Tiga warna ditawarkan, merah legap (matte), biru dan hitam.

 

NVX red side

NVX155 ini ialah skuter pertama dari Yamaha yang mendapat pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh MITI. 

Penggunaan bahan api yang oleh NVX ini ialah pada kadar 2.2L/100km, lebih rendah dari tarif maksima 2.5L/100km yang diperlukan untuk mendapat status EEV bagi kategori ini.

Menurut Datuk Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM, pihak syarikat mengunjurkan sebanyak 600 unit terjual setiap bulan.

"Pihak HLYM juga telah melabur sebanyak beberapa juta ringgit untuk melengkapkan kilang pemasangan Yamaha di Sungai Buluh untuk memasang dan menguji motosikal-motosikal dengan sistem brek ABS," ujar beliau.

 

NVX ABS

Ini juga bermakna Yamaha akan melancarkan lagi model-model berkapasiti rendah dengan sistem ABS yang terbukti mampu menyelamatkan penunggang.

Dengan harga RM10,500 termasuk GST, sememangnya harga NVX ini diluar jangkaan. Dengan status EEV dari pihak kerajaan, pastinya HLYM menerima insentif cukai dan dengan itu ia mampu menurunkan lagi harga model mantap ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…