YAMAHA MT-09 2018 DIBUKA UNTUK JUALAN

oleh Afandi Che Muhamad|
Mula memasuki pasaran domestik empat tahun lalu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini memperluaskan lagi portfolio MT-09 menerusi langkah penawaran versi naik taraf baharu untuk kegunaan pasaran 2018.

Bertempat di Royale Chulan Damansara, majlis pengenalan model naked popular berkenaan berlangsung meriah dengan dihadiri pengamal media tempatan dan lebih 50 pengedar sah Yamaha dari seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motosikal yang menjalani proses pemasangan tempatan (CKD) di kilang HLYM dekat Sungai Buloh, Selangor itu masih digerakkan enjin tiga silinder bersesaran 849cc seperti model sedia ada cuma dibezakan dengan penerapan ciri-ciri baharu.

Antara penambahbaikan yang dapat dilihat ada pada MT-09 2018 ini ialah sistem Tukaran Gear Pantas (Quick Shift), Bantuan Gelincir Klac (Assist & Slipper Clutch), Kawalan Cengkaman (Traction Control), Brek Antikunci (ABS) depan belakang dan suspensi jenis boleh laras sepenuhnya.

HLYM menyediakan dua warna berbeza untuk pilihan pengguna seperti kelabu (dengan kemasan tona hijau pucuk pisang) dan hitam sepenuhnya bagi model Yamaha MT-09 2018.

Sebagai permulaan, HLYM meletakkan harga jualan asas lengkap disertakan 6 % GST (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor pendaftaran) serendah RM47,388 seunit.

Kepada mereka yang berminat mendapatkan motosikal berkuasa tinggi baharu ini, boleh berkunjung ke mana-mana pengedar sah HLYM berdekatan lokasi masing-masing atau layari laman web www.yamaha-motor.com.my untuk maklumat lanjut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Yamaha MT-09 2022 kini boleh dibeli dalam warna Cyan Storm dan Tech Black, serta layangan grafik…
Berita Global
Sebagai sebuah syarikat berpengalaman, Yamaha telah banyak menghasilkan inovasi baharu seperti…
Berita Global
Antara perubahan yang ketara dibawakan adalah reka bentuk lampu utama yang diapit dengan DRL LED…