Yamaha Ego Solariz kini hadir dengan empat pilihan warna baharu!

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar motosikal jenama Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini mengumumkan pilihan warna baharu bagi model skuter Ego Solariz bagi kegunaan pasaran tempatan sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara warna baharu yang diperkenalkan terdiri daripada merah, biru, ungu dan magenta.

Harus diketahui bahawa penggunaan warna baharu itu tidak memberikan impak kepada tag harga yang ditawarkan ke atas Yamaha Ego Solariz.

Menurut HLYM, harga Yamaha Ego Solariz masih kekal RM5,548 seunit (termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran).

Untuk makluman, Yamaha Ego Solariz digerakkan nadi enjin satu silinder Single Over-Head Cam (SOHC) 125cc dengan sistem suntikan bahan api lengkap teknologi Blue Core beserta sistem sejukan udara.

Penggunaan nadi enjin itu memberikan kelebihan untuk Yamaha Ego Solariz menghamburkan kuasa mencecah 9.4Hp pada 8,000rpm dan puncak tork maksima sekitar 9.6Nm tork pada 5,500rpm.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga warna tersebut ialah biru matte, perak matte dan kelabu matte. Kesemuanya menggunakan warna…
Tunggang Uji
Apapun, R15 nyata nampak "laju" walaupun semasa pegun. Tidak banyak ada motosikal 150cc dengan…
Pelancaran
Bertempat di Genting Highlands, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan edisi terbaharu…