Yamaha Ego Avantiz kini ditawarkan dalam warna merah, kuning dan biru

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar motosikal jenama Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini mengumumkan pengenalan tiga warna baharu bagi skuter Yamaha Ego Avantiz 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga pilihan warna yang disediakan tahun ini terdiri daripada merah, kuning dan biru.

Menariknya, pilihan warna tersebut turut didatangkan bersama corak grafik baharu.

Menerusi pengumuman tersebut, permintaan terhadap model berkenaan diharapkan semakin memberangsangkan selepas ini.

Harus diketahui, penawaran warna baharu itu tidak memberi kesan terhadap harganya ya!

Harga Ego Avantiz 2018 kekal tidak berubah pada harga RM5,717.64 (tanpa insuran, cukai jalan dan nombor pendaftaran).

Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati dengan melayari laman web, www.yamaha-motor.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga warna tersebut ialah biru matte, perak matte dan kelabu matte. Kesemuanya menggunakan warna…
Tunggang Uji
Apapun, R15 nyata nampak "laju" walaupun semasa pegun. Tidak banyak ada motosikal 150cc dengan…
Pelancaran
Bertempat di Genting Highlands, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan edisi terbaharu…