Namun, ia tidak pernah menghalang syarikat yang terkenal dengan pembuatan alat muzik itu untuk menghasilkan motor elektrik, selari dengan perkembangan dunia semasa.
Menurut Yamaha, motor elektrik baharu itu dikatakan mempunyai voltan operasi setinggi 800V, dan mampu menghamburkan kuasa tertinggi di dalam kelasnya, iaitu 469 hp untuk sebuah motor elektrik!
Penghasilan kuasa yang tinggi itu disumbangkan oleh penggunaan rekaan baharu yang lebih kompak mengintegrasikan gear dan inverter di dalam satu unit binaan tunggal.
Rekaan yang kompak ini juga membolehkan Yamaha (atau pengeluar kenderaan yang lain) memasang lebih daripada satu unit binaan untuk sesebuah kenderaan, sekaligus menawarkan kuasa yang lebih tinggi, sesuai untuk kereta sports, supercar mahupun hypercar.
Yamaha juga kini telah mula menerima tempahan bagi motor elektrik bagi pengeluar kereta serta industri yang memerlukan sebuah motor EV yang mampu menghasilkan output yang tinggi.