WRX STI paling berkuasa - bakal jadi model Subaru terakhir guna enjin petrol

oleh HEZERI SAMSURI|
Subaru sudah pun mengumumkan bahawa ia akan menjadi syarikat neutral karbon menjelang 2050.

Ini bermakna ia akan menumpukan lagi pembangunan terhadap model-model hibrid, PHEV dan EV.

Namun begitu, pastinya Subaru tidak akan dengan mudah melenyapkan sejarah dan legenda jenama itu dengan model-model rally yang berkuasa dan mempunyai ramai fanatik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gosip terkini ialah model WRX STI yang akan dilancarkan pada awal tahun hadapan akan menjadi model Subaru dengan enjin konvensional yang paling berprestasi di dalam sejarahnya.

WRS STI baharu akan datang dengan enjin 2.4L boxer turbocharged dengan kuasa 400 hp dan 490 Nm. 

Ia juga akan menggunakan kerangka terbaharu, Subaru Global Platform dan fungsi "symmetrical AWD" yang menjadikan Subaru antara kenderaan yang mempunyai pengendalian yang terbaik di dalam pasaran.

Rekabentuknya kemungkinan besar akan dibina berdasarkan prototaip Viziv Performance Concept yang ditampilkan semasa Tokyo Motor Show dalam tahun 2017.

WRX sudah masuk usia 30 tahun dan melalui enam generasi dan ini ialah model yang terakhir kerana Subaru perlu memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan generasi baharu.

Mungkin riwayat penggila kereta akan tamat dan digantikan dengan mesin basuh dan peti sejuk bergerak dengan kuasa elektrik yang dikatakan bakal menyelamatkan dunia dari segala malapetaka dan ancaman cuaca.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas Outback dan Forester, kini tiba giliran Subaru Crosstrek (sebelum ini dikenali sebagai XV)…
Berita Global
Generasi ketiga ini dikuasakan enjin petrol 2.0 liter NA, menghasilkan 145 HP dan tork 188 Nm,…
Berita Global
Ini bermakna, nama XV yang digunakan di sesetengah pasaran akan terus digugurkan daripada senarai…