Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa perkara tambahan, termasuk berkaitan dengan lencongan yang tajam dan juga bonggol atas jalan.
Ini sekali gus memastikan perjalanan lebih selamat dan lancar, dan tidak terkejut dengan bonggol yang besar di atas jalan secara tiba-tiba – terutamanya ketika waktu malam dan gelap.
Waze menyatakan ciri baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat di Android dan iOS bermula bulan ini.
- samada kemas kini terbaharu ini akan hadir di negara kita atau tidak, sama-sama kita nantikan -