Warna Viper Green popular di kalangan pembeli Golf R 2019 di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai meraikan 'pemergian' model Golf R Mk7, Volkswagen Amerika Syarikat telah melancarkan sebuah program khas yang menawarkan para pelanggan pilihan 40 warna kustom untuk dilayangkan pada model Golf R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun dengan harga runcit yang dicadangkan bermula dari $2,500 untuk tempahan warna kustom tersebut, ternyata Volkswagen Spektrum Program berjaya menarik perhatian para peminat setia hot hatch tersebut.

Daripada 40 warna tersebut, terdapat beberapa warna yang disenaraikan merupakan homaj, atau penghormatan terhadap beberapa buah model Volkswagen suatu ketika dahulu, seperti contoh:

Mars Red - Golf GTI Mk1
Ginster Yellow - Golf GTI Mk3 Driver's Edition 1997
Jazz Blue Pearl - Golf GTI Mk4 20th Anniversary

Berdasarkan program tersebut, Volkswagen mendapati warna yang paling popular adalah Viper Green Metallic (masih ingat Volkswagen Scirocco?), merangkumi 17 peratus daripada tempahan yang diterima, sementara warna popular lain adalah Nogaro Blue Pearl.

 


Tidak seperti proses mengecat badan biasa, setiap unit Golf R di bawah program ini akan dibawa ke satu premis (1 km dari kilang utama Wolfsburg) dan dicat menggunakan tenaga tangan.

Setiap pelanggan akan turut menerima sebuah kad ucapan bertulisan tangan dari Pengurus Produk Volkswagen Golf US Megan Closset, nota peribadi, pelet warna, logo R tambahan dan angka siri daripada jumlah produksi keseluruhan di Amerika Syarikat.

Harus diingatkan, Volkswagen Golf R Mk7 telah pun dihentikan penjualannya di Amerika Syarikat pada Ogos 2019 manakala model penggantinya, Golf R Mk8 pula akan hadir menjelang tahun hadapan sebagai model tahun 2022.

Untuk senarai warna yang disediakan, rujuk sahaja pada galeri gambar di bawah.