Wanita maut kereta terbabas langgar belakang treler kemalangan

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG wanita warga emas maut selepas kereta dinaiki melanggar kon keselamatan yang diletakkan akibat kemalangan treler di laluan kanan Kilometer 334.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah awal pagi tadi

Mangsa, Ng Gim Chuan, 81 tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tapah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki mangsa bersama anak perempuan dan menantunya melanggar tanda keselamatan sebelum berpusing dan merempuh bahagian belakang treler.

 

Katanya, kereta terbabit sebelum itu dipercayai hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian.

 

"Mangsa di bawa ke hospital untuk menerima rawatan, namun sekitar jam 8.15 pagi disahkan meninggal dunia.

 

" Kejadian turut mengakibatkan anak mangsa berusia 55 tahun luka di dahi manakala menantu berusia 63 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. 

 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pihak PLUS telah meletakkan kon dan lampu amaran di belakang treler terbabit sebagai makluman pengguna lebuh raya.

 

Katanya, treler muatan alat ganti kereta yang dalam perjalanan ke Padang Besar, Perlis itu melanggar pembahagi jalan besi di tengah lebuh raya akibat terbabas.

 

"Siasatan lanjut kini diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.