Acara berkenaan terpaksa ditunda sebagai langkah berjaga-jaga, malah keputusan tersebut dibuat demi keselamatan dan kesihatan semua pelawat termasuk peserta pameran. MARii turut memaklumkan, acara berkenaan mungkin akan dilangsungkan pada 2-5 Julai 2020, di lokasi yang sama iaitu Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Sebelum ini, Careta telah melaporkan tentang perlumbaan berskala besar, seperti MotoGP Qatar dan MotoGP Thailand turut dibatalkan akibat penularan wabak ini. Kami jangkakan beberapa acara besar yang lain juga bakal turut membatalkan acara mereka tidak lama lagi.