VW Polo 2018 bakal dipertontonkan Jumaat ini di Berlin!

oleh Muhammad Md Tajudin|
VW Polo 2018 bakal dipertontokan Jumaat ini di Berlin!
VW Polo 2018 bakal dipertontokan Jumaat ini di Berlin!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rupa-rupanya ada satu yang istimewa dari Volkswagen pada Jumaat ini. Syarikat automotif itu bakal mempertontonkan Polo baharu di Berlin.

VW Polo yang berada di pasaran sekarang ini pertama kali dipertontonkan di Geneva pada tahun 2009 dan ia di antara model VW generasi moden paling lama dijual. 

Mengikut informasi yang diberikan, Polo baharu itu nanti lebih besar, luas, selesa dan bakal meneruskan kegemilangannya dengan jualan sedia ada sudah pun melebihi 14 juta unit di seluruh dunia.

Menurut Ketua Pereka Jenama Volkswagen, Klaus Bischoff, "Polo baharu ini tampil dengan rekaan ekpresif menjadikannya sebuah kereta kompak yang lebih sporti, bersih dan unik. Ia adalah kereta yang bersesuaian dengan era masa kini sama ada dari segi visual dan juga teknologi."

Berdasarkan foto-foto unit ujian yang tersebar di alam maya, VW Polo 2018 masih mengekalkan lenggok bahasa gayaan dan bentuk model sedia ada tetapi dengan saiz lebih besar dan nampak lebih segar.

Ini tidak menghairankan kerana VW Polo 2018 menggunakan platform MQB yang sama seperti model-model VW lain termasuk SUV Tiguan yang baru dilancarkan di pasaran tempatan.

Dan menurut kelaziman, selepas Polo dilancarkan, versi lebih berkuasa dan sport pula akan menyusuli iaitu Polo GTI!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…