VW Golf - 12 fakta nombor yang kami baharu tahu

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika dunia diminta untuk memilih sebuah kenderaan bagi mewakili seluruh spesis manusia, sememangnya nama Volkswagen Golf akan menjadi salah satu calon terbaik.

Hatchback popular itu sudah berusia lebih empat dekad dan di tanah tumpah darahnya, masyarakat Generasi X atau Gen-X lebih dikenali seabagai Generasi Golf.

Dikala usianya sudah melangkau 42 tahun, Volkswagen Golf masih terus bekhidmat dan masih segak membelah jalanraya di Eropah.

 

 

Di bawah ialah angka-angka penting dalam sejarah Volkswagen Golf.

32,590,025 unit VW Golf terjual sehingga penghujung 2015, menjadikan Golf sebagai kenderaan paling berjaya di Eropah.

21,517,415 ialah jumlah jualan Golf pada tahun 2002, sekaligus merasmikan ia sebagai model kenderaan paling berjaya di seluruh dunia.

10,000,000 buah VW Golf telah dihasilkan dalam tahun 1998.

 

 

1,000,000 km ialah jarak yang dicapai oleh pemandu sebuah VW Golf Mk 1 (generasi pertama) dalam tahun 2003. Ia disusuli oleh ramai lagi "jutawan kilomter" oleh pemilik Golf.

RM908,429 ialah nilai yang dibayar untuk sebuah VW Golf generasi keempat dalam sebuah acara lelongan. Golf itu dimiliki oleh Pope Benedict XVI

RM48,828 pula ialah harga VW Golf pertama milik Canselor Jerman, Angela Merkel. Golf generasi kedua itu (gambar di bawah) dilelong dalam tahun 2012. Tak mahal pun kan? Dan walaupun Angela kini menggunakan Audi kalis peluru, suaminya masih memandu sebuah Volkswagen. Bersifat marhaen bukan? 

 

 

2,120 unit VW Golf dipasang dan dijual setiap hari selama 40 tahun ia wujud.

730 hari ialah masa yang diambil untuk mencapai unit ke sejuta VW Golf yang terjual.

650 PS dihasilkan oleh enjin VW Golf paling berkuasa pernah dihasilkan. VW Golf GTI W12-650 (gambar bawah) ialah sebuah konsep Golf dengan enjin W12 silinder dari Bentley dan VW Phaeton. Bayangkan Myvi dengan enjin V12 dari Toyota Century.

 

 

155 jumlah negara yang menjual VW Golf sekarang ini. Golf dihasilkan di lima negara (Brazil, China, Jerman, Algeria dan Mexico).

5 jenis pacuan - VW Golf ialah satu-satunya model kenderaan di dalam dunia ini yang dijual dalam lima jenis pacuan - elektrik, hybrid, petrol, diesel dan gas.

1 sahaja Volkswagen Golf yang anda perlu cuba untuk memahami kenapa artikel ini dihasilkan. Praktikal, cantik dan sporty - sebuah kereta yang boleh memenuhi pelbagai kehendak modern anda!

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…