VW California Edition - Van kembara dengan gayaan jalanan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di antara segmen yang rancak tetapi kurang mendapat perhatian di dalam negara ialah van penumpang atau komersil. Jika diteliti, segmen ini mempunyai persaingan yang hebat dengan pelbagai model seperti Toyota Hiace, Nissan Urvan, Ford Transit, Westar dan pelbagai jenama China seperti Jin Bei.

Di Eropah lebih meriah dan turut diisi oleh jenama premium seperti Mercedes-Benz. Entah bagaimana jika BMW turut mempunyai divisyen kenderaan komersil seperti Mercedes-Benz. Tidak terbayang sebuah van barang dengan gril buah pinggang dan hofmeister kink yang merupakan identiti sebuah BMW.

Tahap pengendaliannya pula pasti dinanti ramai.

Tidak kira sama ada Mercedes-Benz atau BMW, Volkswagen yang juga warga Jerman telah lama mempunyai model tradisi dan ikonik dalam segmen ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
VW California Edition

 

Jika dahulu, VW terkenal dengan model Combi, sekarang ini VW mempunyai van California yang konsisten dikeluarkan dari satu generasi ke satu generasi sejak 1998.

Van California ini dipasarkan dalam pelbagai varian sama ada untuk kegunaan biasa atau lengkap dengan aksesori untuk menjelajah dunia.

VW nampak seperti berseronok dengan California dan model yang diletakkan di bawah bahagian Volkswagen Commercial Vehicles ini bakal hadir dengan edisi baharu dikenali sebagai Edition.

 

VW California Edition

 

Jika anda peminat Toyota Hiace dan berangan-angan untuk mengubahsuainya, peminat VW California pula tidak perlu susah payah apabila model Edition ini tampil sporty dari kilang lagi dan lebih eksklusif apabila ia dijual dalam unit terhad. 

Ubah sedikit sahaja atau pilih warna hitam sudah terserlah identiti mafia van ini.

Berikut ialah ciri-ciri VW California Edition:

  • Hanya 80 unit sahaja ditawarkan di UK
  • Ditawarkan melalui varian Beach 2.0 liter TDI 150 PS dan Ocean 2.0 liter TDI 204 PS
  • Transmisi DSG
  • Bumbung dan cermin sisi hitam kilat
  • Lampu utama LED
  • Cermin belakang gelap
  • Varian Ocean lengkap dengan perkakasan pengembaraan seperti papan dapur, sambungan mandian luar dan sambungan katil dengan alas tidur
  • Varian Beach dipasarskan pada harga GBP 52,985 (RM 286,308.42) manakala varian Ocean pula berharga GBP 65,879 (RM 356,009.41)

 

VW California Edition

 

Harga di UK ini agak 'keras' jika dipasarkan di dalam negara kita. Walaupun begitu, segmen ini mempunyai mempunyai potensi besar untuk diwarnai.

Lagi pula VW California diposisikan sebagai kenderaan penumpang dan bukan kenderaan komersil.

Segmen ini masih belum sibuk, pasarannya juga besar. Lihat sahaja jumlah Toyota Estima, Toyota Alphard dan Vellfire di atas jalan.

Selesa tanpa saingan kuat.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…