VW Californa XXL - Atasi masalah nak beli rumah atau kereta

oleh Muhammad Md Tajudin|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ada yang berminat untuk mengembara ke serata dunia? Tetapi tidak mahu terikat dengan jadual yang disediakan oleh orang lain mahu pun mengeluarkan duit untuk menyewa hotel?

Ini kaedah mengembara yang semakin popular dengan rakyat tempatan masa kini.

Mengembara menggunakan kenderaan peribadi seperti kereta, van, motosikal atau basikal.

Kepada mereka yang mahu membawa keluarga, Volkswagen telah tampil dengan California XXL Concept.

Model itu bakal dipamerkan sempena acara 'Caravan Salon Düsseldorf'  dari 26 Ogos hingga 3 September 2017.

 

VW California XXL Concept

 

VW sememangnya popular dengan van Kombi dan paling popular di kalangan pengembara dunia semestinya model dengan bumbung boleh buka (pop-up).

Selepas itu, model California yang dikeluarkan lewat 80 an terus mempopularkan konsep camper van.

Volkswagen Commercial Vehicles telah pergi setahap lagi melalui model konsep ini. Ia diasaskan daripada model Crafter dengan ubahsuai yang ekstensif menjadikannya lebih besar daripada model sedia ada.

Dalam membina model ini, VWCV telah mengambil DNA dari 'Abang Besar' California dan berikut ialah ciri-ciri pada model konsep California XXL:

Pacuan 4MOTION dengan enjin diesel turbo Euro 6

Model konsep ini didatangkan dengan sistem pacuan kesemua roda (AWD) 4Motion dan enjin diesel turbo Euro 6 sama seperti VW Crafter. Dengan bantuan klac Haldex, ia dapat membantu memberi keseimbangan kuasa di antara roda depan dan belakang terutama sekali dalam pelbagai bentuk permukaan jalan sewaktu mengembara ke serata dunia.

Selain itu, turut canggih ialah sistem suspensi pneumatic. Selain dari menawarkan pemanduan selesa ia turut membantu dalam memberikan keseimbangan sebuah camper yang semestinya berat dengan penumpang dan perabot.

Pelbagai ruang tersendiri

 

VW California XXL Concept

 

Pasukan pereka California XXL mempunyai sasaran jelas dalam membina model ini, mereka mahukan kegunaan ruang optimum dan pisahan yang ideal. Hasilnya mereka berjaya mewujudkan enam ruang seperti di bawah:

  • Ruang tamu dan makan
  • Dapur dengan sink, hob gas dan peti sejuk
  • Bilik mandi dengan sink dan tandas
  • Ruang tidur yang selesa di belakang 
  • Ruang untuk dua kanak-kanak
  • Integrated cab (Ruang pemandu yang tidak terpisah dengan belakang)

Aplikasi California XXL

Papan pemuka camper van ini dilengkapi sebuah tablet dengan aplikasi California XXL. Ia mempunyai pelbagai fungsi untuk mengawal sistem seperti lampu dalaman, multmedia sehingga kepada operasi buka dan tutup cermin di bilik air.

California XXL dibekalkan dengan elektrik, air dan gas melalui dua sistem bekalan yang terletak di kedua-dua sisi van. Ia turut dilengkapi dengan corong untuk akses mudah kepada water closet (WC).

Hanya model konsep

 

VW California XXL Concept

 

Setakat ini, VW California XXL hanyalah sebuah van camper konsep dan jika dijadikan model produksi harganya mungkin mencecah ratusan ribu atau tujuh angka. 

Ia tinggi sebab anda membeli van yang digabungkan bersama kelengkapan rumah. Ia juga mungkin solusi kepada mereka yang debatkan hendak beli rumah atau kereta. 

Jawapannya beli dua-dua sekali macam van camper ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…
Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada Volkswagen ID.7 Tourer 2024, sebuah wagon berkuasa elektrik yang…