VPCM umum penstrukturan semula harga perkhidmatan servis kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ni mengumumkan penstrukturan semula harga perkhidmatan servis berjadual kenderaan Volkswagen selari dengan perlaksanaan kadar sifar peratus GST bermula 1 Jun 2018.
Kawasaki Legend Reborn

Senarai harga perkhidmatan servis tersebut boleh dirujuk menerusi laman rasmi VPCM bagi memudahkan para pemilik untuk merujuk dan memahami kos penyenggaraan kenderaan mereka. 
 


Menurut Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM menggalakkan pemilik menghantar kenderaan mereka untuk diservis di pusat bertauliah Volkswagen sempena penstrukturan semula harga kadar sifar peratus GST tersebut. 

Tambah beliau, dengan menyenaraikan cadangan harga perkhidmatan servis kenderaan tersebut, ia menunjukkan komitmen VPCM yang lebih telus terhadap para pelanggan mereka, khususnya menambah baik pengalaman pemilikan kenderaan Volkswagen. 

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif VPCM yang telah memperkenalkan program tiga tahun servis penyenggaraan percuma pada awal tahun yang lalu, tambahan kepada jaminan lima tahun oleh pengeluar dan juga bantuan tepi jalan lima tahun kepada semua model Volkswagen.

Sebarang maklumat lanjut sila layari laman web rasmi VPCM di  https://www.volkswagen.com.my/my-vw/service-maintenance-schedule

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Di samping itu, Skim Perlindungan Harga VPCM (PPS) masih boleh digunakan untuk semua model yang…
Berita Domestik
    Dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018, perbezaan harga…
Berita Domestik
Menjadi platform pertama seumpamanya di Malaysia, Volkswagen Marketplace dilancarkan dengan tawaran…