Volvo XC90 kereta paling selamat di UK - Thathcham Research

oleh Mohamad Hanif|
Volvo XC90 kini dinobatkan sebagai kereta yang paling selamat di UK, menurut satu laporan pakar di sana.

Thatcham Research telah menganalisa data statistik kemalangan dan merujuk silang kepada data insurans. Hasil dapatan mereka mendapati tiada rekod kemalangan maut melibatkan pemandu dan penumpang untuk tahun rujukan bermula 2004 sehingga 2017, tempoh jualan model XC90 tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut pengarah penyelidikan Thatcham, Matthew Avery, "kami agak kagum dengan rekod tersebut, sejak pengeluaran pertamanya 14 tahun yang lalu, hampir tiada mangsa yang terkorban di dalam kemalangan yang direkodkan."
 

Sejak awal pengenalan XC90 pada tahun 2002, sebanyak 54,000 unit telah dijual di UK sahaja. Rekod ini termasuklah model XC90 generasi kedua yang dijual bermula tahun 2014.



 

Antara misi terbesar Volvo ialah memastikan tiada sesiapa yang sepatutnya terbunuh atau tercedera di dalam kereta Volvo. Dengan gabungan sistem keselamatan aktif (brek kecemasan automatik, AEB) dan pasif (struktur kukuh, beg udara dan tali pinggang keledar) yang ditawarkan, tidak mustahil misi murni itu tercapai, ditambah pula dengan pengiktirafan kereta paling selamat oleh Thatcham Research. 
 

Ketika ditanyakan pendapat berkenaan XC90, Avery menjawab: "Pengeluar yang lain perlu belajar bagaimana Volvo menghasilkan kenderaan mereka. Mesej yang paling jelas ialah gabungan mantap sistem keselamatan pasif dan aktif. Sistem pasif diperlukan bagi melindungi manusia ketika kemalangan, manakala sistem aktif pula membantu mengelakkan kejadian yang serupa."
 

Walaubagaimanapun, beliau memberikan amaran supaya tidak meletakkan terlalu banyak sistem keselamatan aktif bagi menggantikan sistem pasif. 
 

"Kereta seharusnya perlu mempunyai sistem keselamatan pasif yang unggul (bagi melindungi pemandu dan penumpang)," tambah beliau. 

Sumber: Auto Express

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Informasi
Sesebuah kereta bukan sahaja perlu memenuhi keperluan yang membawa dari satu destinasi ke destinasi…
Berita Global
Isu itu melibatkan satu skru tambahan yang dimasukkan secara tidak sengaja semasa kerja pemasangan…