Volvo XC90 bakal hadir dengan sistem automasi tahap keempat menjelang 2021

oleh Mohamad Hanif|
Sistem pemanduan autonomi terbahagi kepada beberapa bahagian, yang mana bermula daripada tahap sifar sehingga tahap ketiga, tumpuan pemandu masih lagi diperlukan dibelakang stereng ketika mod bantuan pemanduan telah diaktifkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem bantuan sedia ada seperti yang diwar-warkan oleh Cadillac Super Cruise ataupun Tesla Autopilot dilihat masih memerlukan tindak balas daripada pemandu itu sendiri sekiranya sistem mengesan sesuatu halangan di atas jalan.


Namun, menjelang 2021, Volvo berharap dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, mereka mahukan sistem pemanduan yang termaju membolehkan pemandu 'tidur dengan selesa' di belakang stereng semasa memandu di lebuhraya. 

Bercakap ketika pelancaran sedan S60, Naib Presiden Kanan Volvo, Henrik Green berkata, generasi seterusnya XC90 dijangka akan menawarkan sistem pemanduan autonomi tahap keempat (Autonomy Level 4) yang membolehkan pemandu mengalihkan tumpuan mereka ketika memandu, sementara sistem komputer mengambil alih tugas pemandu. 

Menurut definisi yang dikeluarkan oleh The Society of Automotive Engineers (SAE) menyatakan bahawa sistem automasi tahap keempat membolehkan kereta (sistem komputer) mengambil alih tugas pemanduan di dalam keadaan tertentu yang tidak memerlukan sebarang input daripada pemandu sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak diduga. 
 


Volvo sendiri telah dan sedang menguji sistem mereka tersendiri termasuklah berkolaborasi dengan Uber sebelum membolehkan sistem ini tersedia pada semua kereta mereka melata di atas jalan raya. 

Sistem yang bakal digelar Highway Assist ini, menurut Green lagi, bakal menyebabkan peningkatan harga sehingga empat angka bagi generasi baru XC90, dan Volvo sedang berunding dengan pihak berkuasa bagi membolehkan sistem automasi ini sah digunakan di atas jalan raya.  

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tidak mempunyai insurans…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Informasi
Sesebuah kereta bukan sahaja perlu memenuhi keperluan yang membawa dari satu destinasi ke destinasi…