Volvo XC40 terima penarafan lima bintang dari Euro NCAP

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun ujian terhadap tahap keselamatan kenderaan baharu semakin ketat, Volvo XC40 berjaya memperoleh penarafan lima bintang daripada Euro NCAP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV kecil daripada Volvo itu memperoleh skor yang tinggi bagi kategori perlindungan penumpang dewasa (97%) dan kanak-kanak (87%), terima kasih kepada struktur casis yang kukuh dan sistem bantuan keselamatan yang cemerlang. 

Bagi kategori pengguna jalan raya, Volvo memperoleh skor 71% dengan sistem brek kecemasan automatik berfungsi dengan cemerlang pada waktu siang dan malam. 

 


Manakala kategori bantuan keselamatan pula mencatatkan skor sebanyak 76% berdasarkan ciri yang diuji seperti Speed Assistance, Lane Support, amaran tali pinggang keledar penumpang dan sistem brek kecemasan automatik di dalam bandar. 

Sehingga kini, kesemua unit Volvo yang telah diuji pada tahun 2017 dan 2018 layak menerima penarafan lima bintang dengan skor yang cemerlang bagi perlindungan terhadap penumpang dewasa. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penawaran itu mewakili dua daripada tiga varian rangkaian kuasa baharu untuk kedua-dua…
Berita Domestik
Volvo XC40 B5 Ultimate ini membawakan trenkuasa hibrid ringan dengan enjin empat silinder sebaris 2…
Pelancaran
Dari segi spesifikasi, Volvo XC40 Recharge T5 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5…