Volvo XC40 mengejutkan peminat SUV dunia

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pagi tadi seluruh dunia media permotoran telah dikejutkan dengan pengumuman Volvo dan keluaran model SUV terbaharunya.

 

XC40-1

XC40-2

 

XC40 ialah model SUV kompak yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat SUV yang mahukan pilihan SUV kompak baharu dari jenama pengeluar kereta mewah. 

 

XC40-3

XC40-4

XC40-5

XC40-6

 

Setelah diacah oleh rupa kereta konsep SUV yang dinamakan 40.1 Concept oleh Volvo, ramai yang lega apabila rupa XC40 berkelihatan serupa dengan 40.1 dari semua sudut. 

XC40-7

XC40-8

 

Terdapat juga ciri-ciri rekabentuk yang diambil langsung dari model SUV Volvo lain seperti XC60 dan XC90. 

 

XC40-9

XC40-10

 

Kerangka yang digunakan - dinamakan CMA - telah dibina dengan kerjasama Geely, pemilik syarikat Volvo. Kerangka CMA ini akan digunakan pada model-model lain dimasa depan.

 

XC40-11

XC40-12

 

Dari depan, terdapat ciri rekaan lampu siang “Thor’s hammer”, gril yang melengkung mengikut bentuk bampar depan dan profil yang berstruktur. 

 

XC40-13

 

Yang unik tentang XC40 ini ialah kombinasi warna yang ditawarkan. Terdapat 17 kombinasi warna bumbung dan badan kereta yang boleh dipilih. Juga ada pilihan saiz roda yang akan menarik perhatian ramai pembeli, terutamanya pembeli-pembeli berumur lebih muda.

 

XC40-14

 

Kalau dari luar rupabentuknya berbeza dari model ‘abang-abangnya’, XC40 menunjukkan tanda persaudaraan dengan model XC60 dan XC90 jika dilihat dari dalam.

 

Papan pemukanya mirip dengan XC60 dan XC90, termasuk skrin TFT 12.3 inci yang menjadi pusat kawalan kebanyakan fungsi ruang penumpang. 

 

Menurut Volvo, XC40 menawarkan cara radikal dari segi penyimpanan barang. Terdapat ruang dibawah tempat duduk dan pintu, cangkuk yang boleh dilipat untuk beg-beg kecil, serta tong sampah yang boleh diubah ditengah lantai papan pemuka. 

 

Yang paling menarik ialah ruang untuk telefon pintar yang menawarkan cara mengecas tanpa wayar, yang boleh dihubungkan melalui Android Auto dan Apple CarPlay. 

 

Antara varian enjin petrol dan diesel yang ditawarkan ialah T3 156 PS (154 hp), T4 190 PS (187 hp), dan T5 247 PS (244 hp), and D3 150 PS (148 hp) dan D4 190PS (187hp).

 

Enjin-enjin ini akan disertai oleh model hibrid dan model elektrik. 

 

XC40-15

 

Barisan XC40 pertama akan dipasang di kilang Volvo di Ghent, Belgium. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding penawaran terdahulu, kesemua model PHEV siri 60 dan 90 kini dilengkapi dengan bateri 18.…
Berita Global
Namun, untuk mereka yang mahukan lebih daripada itu, anda boleh mendapatkan khidmat naik taraf…
Pelancaran
Versi facelift yang dibawakan kali ini menampilkan perubahan kecil dari segi paras rupa, di mana ia…