Volvo XC40 diiktiraf Kereta Eropah Tahunan 2018 - Pertama kali untuk Volvo!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo sedang sibuk dengan barisan model-model segar yang nampaknya telah berjaya menambat hati ramai pelanggan dan juga industri.

Beberapa tahun sebelum ini walaupun mempunyai produk yang bagus tetapi itu belum memadai untuk menarik perhatian ramai.

Volvo sekarang ini berada di landasan betul untuk dilihat setara dengan pengeluar kereta premium lain seperti Mercedes-Benz, Audi dan BMW. Pengeluar kereta itu nampaknya sedang menuai hasil.

Mengesahkan sebagai pengeluar kereta unggul, Volvo XC40 telah diiktiraf sebagai Kereta Eropah Tahunan 2018 (European Car of the Year/ECOTY) sementara menunggu pembukaan Pameran Kenderaan Geneva di Switzerland.

Ini adalah hadiah pertama seumpamanya buat syarikat dari Sweden itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Volvo XC40

 

Percaturan Volvo dalam segmen SUV juga benar-benar menjadi dan diiktiraf pakar industri. Dua buah lagi SUV Volvo iaitu XC90 dan XC60 telah dianugerahkan sebagai Trak/Kenderaan Utiliti Amerika Utara untuk dua tahun sebelum ini.

Kemenangan terbaru ini menjadikan kesemua SUV keluaran Volvo memenangi anugerah di kedua-dua benua Amerika dan Eropah.

XC40 adalah SUV paling kecil dalam barisan produk Volvo tetapi diiktiraf besar. Sebelum menang ECOTY 2018, SUV ini turut diiktiraf sebagai Kereta Tahunan (COTY) oleh majalah automotif UK, What Car?

 

Volvo XC40

 

Sebelum diiktiraf industri, XC40 sebenarnya telah diterima baik oleh pasaran. Tempahan awal untuk model ini di Eropah dan Amerika Syarikat sudah pun melebihi 20,000 unit.

XC40 juga bakal hadir di China yang merupakan pasaran kereta terbesar dunia dan Volvo menjangkakan momentum sambutan yang sama dapat dikekalkan.

XC40 bukan sesuatu yang asing buat negara China kerana ia model pertama dibina berasaskan platform baharu compact modular vehicle architecture (CMA) Volvo Cars yang dibangunkan bersama dengan Geely. 

 

Volvo XC40

 

CMA juga bakal menjadi asas kepada model siri 40 keluaran Volvo termasuk kenderaan elektrik sepenuhnya (EV). 

Volvo bukan sahaja sibuk dengan model baharu, teknologi canggih dan rekabentuk menawan tetapi mempunyai agenda lebih besar.

Bermula tahun depan, kesemua model baharu Volvo Cars akan tampil dengan teknologi elektrifikasi. Ini bermakna Volvo XC40 yang ada sekarang ini akan juga tampil dengan model hibrid dan nadikuasa elektrik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…