Volvo V60 raikan kepelbagaian jenis keluarga moden

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan pelancaran model baharu wagon Volvo V60, Volvo merancang sesuatu yang unik bagi menggambarkan tahap versatiliti kereta baharu mereka itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan beberapa buah lot parkir di Westfield, mereka telah meletakkan beberapa ikon yang menggambarkan beberapa jenis keluarga seperti keluarga bahagia, pasangan sejenis, ibu/bapa tunggal serta keluarga nuklear. 

 


Menurut Mike Johnstone, ketua strategi pemasaran Volvo berkata "dengan pengenalan V60 baharu ini, ia memberikan kami peluang keemasan untuk meraikan keluarga moden tidak kira apa jua realiti yang digambarkan."

"Sebagai sebuah kenderaan family estate bersaiz sederhana, V60 menggambarkan pendekatan kami merekabentuk sesebuah kenderaan yang bertujuan menjadikan kehidupan para pemilik lebih senang dan selamat," tambah beliau. 
 


Volvo V60 akan dijual di UK bermula 14 Julai dengan harga bermula dari £26,145 (RM141k++) dengan ciri keselamatan terkini iaitu pakej City Safety, selaras dengan visi Volvo supaya tiada seorang pun tercedera ataupun meninggal dunia di dalam sebuah Volvo bermula 2020.

Saksikan video disebalik idea keluarga yang dibawakan oleh Volvo. 


 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Isu itu melibatkan satu skru tambahan yang dimasukkan secara tidak sengaja semasa kerja pemasangan…
Berita Global
Ini kerana, dalam satu laporan terbaharu daripada Autocar, Volvo dikatakan telah menghentikan…
Berita Domestik
Volvo V60 Recharge T8 Inscription memiliki tanda harga bermula dari RM286,910, atau RM4,370 lebih…