Volvo Trucks hadir dengan trak elektrik pertama - FL Electric

oleh Muhamad Hanif|
Volvo Trucks kini hadir dengan trak elektrik pertama mereka yang digelar FL Electric.

Trak 16-tan ini merupakan trak komersial berkuasa elektrik yang mampu menjalankan kerja berat dengan senyap tanpa mencemarkan alam sekitar.
Promosi Duit Raya


Volvo FL Electric ini mempunyai kuasa setinggi 248 kuasa kuda atau 175 kuasa kuda yang berterusan dan mempunyai daya tork setinggi 424 Nm. Kuasa ini kemudiannya disalurkan menerusi transmisi dua (ya, dua!) kelajuan. 
 

Trak Volvo FL ini mampu mencapai jarak sejauh 300 km dengan sekali cas menggunakan konfigurasi enam buah pek bateri lithium-ion. Menurut Volvo, mereka menawarkan beberapa konfigurasi bateri yang boleh diubah bermula dari dua pek sehingga maksimum enam pek bateri boleh dimuatkan ke dalam trak. 
 

Masa pengecasan pek bateri trak elektrik ini dikatakan dapat dicapai dalam masa satu hingga dua jam menggunakan fast DC charging atau kira-kira 10 jam menggunakan kuasa AC.



Volvo Trucks mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kuasa kenderaan elektrik menerusi penghasilan bas elektrik. Sejak 2010, rekod penjualan mencatatkan lebih 4,000 unit bas elektrik telah dijual.
 

Volvo FL Electric ini menunjukkan bukti kepakaran mereka telah diterjemahkan ke dalam dunia nyata. 

Sumber: Volvo Trucks melalui Autoblog

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada majlis tersebut, syarikat Taipanco menerima 10 buah trak Volvo FM440 6x2 prime mover, tambahan…
Berita Global
"Terlalu banyak sebab kenapa pemanduan autonomi ini penting di Jepun, tetapi saya menegaskan…
Berita Global
Perkongsian teknologi bukanlah satu perkara yang baharu, dan ia merupakan perkara biasa apabila…