Volvo Trucks bakal kongsi teknologi trak elektrik

oleh Muhamad Hanif|
Satu laporan daripada Reuters menyebut, Volvo Trucks kini bersedia untuk berkongsi teknologi berkenaan trak elektrik, khususnya di dalam teknologi bateri bersama rakan kongsinya yang lain iaitu UD Trucks di Jepun dan juga Mack Trucks di Amerika.


Perkongsian teknologi bukanlah satu perkara yang baharu, dan ia merupakan perkara biasa apabila melibatkan pembangunan sesebuah model yang dilengkapi teknologi terkini. 
 

"Komponen bateri (untuk trak elektrik) sememangnya memakan kos yang tinggi, terutama ketika proses pembangunan dan produksi," kata Lars Stenqvist, ketua pegawai unit teknologi Volvo Trucks ketika ditemubual Reuters.
 

"Faedah yang bakal diterima (dengan perkongsian ini) ialah penghasilan produk dalam unit kuantiti yang tinggi untuk kesemua rakan kongsi," tambah beliau.
 

 


Menurut perancangan, selepas Volvo Trucks melancarkan siri FL Electric mereka pada tahun 2019 di Eropah, UD Trucks akan turut sama memperkenalkan trak tahan lasak mereka Quon versi elektrik seawal tahun 2020.
 

"Melalui perkongsian teknologi dan platform (antara rakan kongsi), ini tidak menjadi sebarang masalah kepada kami," ujar Douglas Nakano, naib presiden UD Trucks Technology di dalam temubual yang sama. 
 


Sementara itu, pesaing dari Jepun Mitsubishi Fuso telah memulakan penjualan model Canter versi elektrik di Jepun dan di Amerika bermula tahun lepas dan bakal menyasarkan penjualannya di Eropah pada tahun ini. 
 

Bagi mengekalkan persaingan di dalam industri ini, para pengeluar cuba untuk mengurangkan kos pembangunan sesebuah model dengan melakukan kerjasama dan perkongsian platform di antara pengeluar yang lain. 
 

Sebagai contoh, terdapat satu laporan menyebut bahagian pengeluaran trak Volkswagen kini mengumumkan mereka telah membentuk pakatan dengan Toyota Motor Corp pada awal bulan ini bagi menceburi bidang yang sama. 

Sumber: Reuters

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
"Terlalu banyak sebab kenapa pemanduan autonomi ini penting di Jepun, tetapi saya menegaskan…
Berita Domestik
Memandangkan ia tidak mempunyai sebarang perlepasan asap, Volvo FL Elektrik ini boleh digunakan di…
Berita Global
Volvo FL Electric ini mempunyai kuasa setinggi 248 kuasa kuda atau 175 kuasa kuda yang…