Volvo tidak mahu satu pun plastik digunakan di pejabat, kantin dan acara syarikat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sesetengah pengguna di negara kita pasti sudah kalih dengan pengharaman beg plastik di pasar raya. Walaupun bunyinya keras, beg plastik tetap disediakan dengan 'penalti' sebanyak RM 0.20.

Jika tidak mahu membayar, pengguna boleh saja membawa beg sendiri dari rumah.

Gerakan pengharaman beg plastik ini sebenarnya sudah lama bermula di peringkat global dan beberapa pihak berkuasa negara kita tidak perlu menunggu lama untuk menerima pakai polisi tersebut.

Pengharaman beg plastik adalah satu usaha murni dan pada masa yang sama mampu mempamerkan keperihatinan sesebuah organisasi dalam aspek penjagaan alam sekitar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volvo - plastik

 

Volvo Cars sekali lagi menunjukkan bahawa alam sekitar adalah perkara yang diberi perhatian dengan mengambil insiatif bebas plastik di pejabat, kantin dan juga acara.

Insiatif ini akan dilaksanakan bermula hujung tahun depan di seluruh lokasi dan acara Volvo di serata dunia.

Keputusan ini diambil bagi menzahirkan sokongan terhadap kempen UN Environment Clean Seas dan juga usaha syarikat dalam mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar.

Nampak seperti biasa-biasa sahaja tetapi penggunaan plastik begitu besar. Volvo mahu menggantikan lebih dari 20 juta penggunaan plastik seperti cawan, bekas dan peralatan makanan dengan alternatif yang lebih baik seperti produk biodegradable yang diperbuat daripada kertas, pulpa atau kayu.

Jumlah tersebut bersamaan dengan 500 item plastik dari setiap pekerja untuk tempoh setahun.

 

Volvo - plastik

 

Penggantian plastik tersebut akan dilakukan secara beransur-ansur. Menjelang hujung 2018, plastik tidak akan digunakan dalam acara serata dunia seperti pelancaran model baharu termasuk juga di pejabat, restoran serta fasiliti Volvo di China, Belgium, Amerika Syarikat, Sweden dan Malaysia.

Volvo menjangkakan hasil daripada tindakan yang dibuat pada 2018 sebanyak 140 tan plastik akan berjaya digantikan dengan bahan alternatif lain.

Pada skala yang lebih besar, Volvo mahu kesemua model yang dilancarkan pada tahun 2020 mempunyai teknologi elektrifikasi.

Menjelang 2025 pula, separuh daripada jualan pula adalah model elektrik sepenuhnya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…