Volvo sasar 25% penggunaan plastik daripada bahan kitar semula menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Sekurang-kurangnya 25% daripada penggunaan plastik di dalam kenderaan baharu Volvo akan diperbuat daripada bahan kitar semula.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kenyataan terbaharu tersebut dikeluarkan oleh Volvo sebagai satu langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar secara global yang turut disuarakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 


Menurut Hakan Samuelsson, Presiden dan CEO Volvo Cars berkata, Volvo Cars kini komited di dalam meminimumkan pencemaran terhadap dunia pada kereta produksi mereka. 

Tahun lepas menyaksikan Volvo telah menjual hampir 570,000 unit kenderaan dengan lima peratus penggunaan plastik daripada bahan kitar semula. 

Malah, Volvo juga mendedahkan sebuah model ujian XC60 T8 plug-in hybrid di Gothenburg, Sweden yang hampir serupa dengan kereta semasa kecuali sesetengah bahagian plastik diperbuat daripada bahan kitar semula. 
 


Sebagai contoh, karpet kereta mempunyai gentian daripada botol plastik PET manakala bahan penyerap bunyi pada bonet diambil daripada kerusi lama Volvo. 

Sementara itu, PBB menyahut baik langkah terkini Volvo dan memujinya sebagai satu langkah pertama daripada pengeluar kenderaan menggunakan bahan terbuang sebagai sumber utama di dalam pembuatan kereta baharu. 

Menurut Erik Solheim, wakil PBB berkata, "kita kini memerlukan satu situasi di mana bahan buangan plastik akan menjadi lebih bernilai daripada (menggunakan) bahan baharu."

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…