Volvo S90 T8 Twin Engine CKD kini dilancarkan-Harga bermula RM369k

oleh DIANA ISMADI|
Volvo Cars Malaysia kini telah memperkenalkan satu lagi model sedan premium, Volvo S90 T8 Twin Engine Inscription yang merupakan model plug-in hybrid (PHEV). Model ini adalah kenderaan Volvo yang dipasang di Shah Alam (CKD).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu Inscription dan Inscription Plus dengan harga masing-masing RM368,888 dan RM388,888 (harga tidak termasuk insurans).

 

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 2.0L Drive E empat-silinder, yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 407hp dan 400Nm. Ia turut dipadankan dengan sistem transmisi automatik lapan-kelajuan. Ia menggabungkan enjin dengan sistem pengecas turbo dan supercharged yang menggerakkan roda hadapan.

 

Volvo

 

Ciri-ciri standard bagi kedua-dua varian termasuklah;

  • Park Assist dengan Park Assist Pilot, 360
  • Sorround View Camera
  • Blind Spot Information System (BLIS)
  • Cross Traffic Alert (LKA)
  • Tempat duduk dua-stage Integrated Booster
  • Kerusi balutan kulit jenis Nappa Leather
  • Tuil gear Orrefors Crystal

 

Volvo

Dari segi prestasi, S90 T8 Twin Engine ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat. Bateri yang digunakan bagi jentera ini adalah jenis lithium-ion 10.4 kWh, dan apabila dalam keadaan bateri penuh, jentera ini mampu bergerak sejauh 50 km dalam mod elektrik epenuhnya.

 

Volvo

 

Kelajuan maksimum yang mampu dicapai adalah 250 km/j dengan empat pilihan mod pemanduan, Pure, Power, Hybrid dan individual. Dari segi penjimatan petrol, jentera ini dikatakan menggunakan dua liter untuk setiap 100 km.

 

Selain melancarkan model PHEV ini, Volvo Cars Malaysia turut mengumumkan bahawa jentera pemasangan tempatan akan dieksport ke pasaran luar Malaysia.

 

Volvo

Buat masa ini, Volvo telah mengeksport kenderaan CKD ke lima negara iaitu Indonesia, Filipina, Taiwan Thailand dan Vietnam. Kemboja merupakan negara seterusnya yang berpotensi.

 

Volvo Interior

 

Volvo interior

 

Volvo

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…