Volvo S90 CKD Kini RM105K & RM40K Lebih Murah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo S90 T8 Inscription CKD
Volvo S90 T8 Inscription CKD
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika ditanya apakah faedah polisi Dasar Automotif Negara (DAN) serta EEV kepada negara, maka ini salah satu jawapannya.

Volvo sebelum ini memasarkan dua varian S90 T5 dan T6 AWD R-Design yang diimport sepenuhnya secara CBU masing-masing pada harga RM 388,888 dan RM 453,888.

Harga tersebut tidak kompetitif berbanding pesaing lain atau senang kata, Volvo XC90 T8 Twin Engine Inscription nampak lebih bernilai untuk wang pada harga sekitar RM 400,000.

 

Volvo S90 T8 Inscription CKD

 

Dan kini, selepas mematuhi standard percukaian EEV, Volvo Car Malaysia menawarkan S90 T8 Twin Engine Inscription pada harga yang jauh lebih rendah iaitu RM 348,888 (di atas jalan tanpa insurans).

Varian Inscription ini adalah gred paling tinggi berbanding T5 dan T6 CBU kecuali ia hadir tanpa pakej R-Design. Selain faktor EEV, harga yang lebih rendah ini dapat ditawarkan kerana ia dipasang di Shah Alam, Selangor sama seperti XC90 Twin Engine Inscription.

"S90 T8 Twin Engine Inscription ini adalah lambang kepada ekspresi kemewahan, prestasi dan teknologi peneraju Volvo dan dengan harga yang begitu kompetitif, ia akan menjadi tawaran terbaik dalam segmen premium DE di Malaysia," kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland.

 

Volvo S90 T8 Inscription CKD

 

Seperkara yang menarik tentang S90 T8 Twin Engine ialah ia digerakkan oleh enjin dan kuasa bateri (plug-in hybrid/PHEV).

Uniknya ialah bateri hibrid dipasangkan di kelonsong lantai (tunnel) seterusnya menjadikan titik tengah graviti lebih rendah yang turut membantu menambah baik pengendalian kenderaan.

Lokasi bateri tersebut juga bermakna ruang kargo belakang tidak terusik dengan saiz yang sama seperti versi sedan lain.

 

Volvo S90 T8 Inscription CKD

 

Enjin T8 Twin ini mempunyai output 407 hp dengan daya tork yang kuat iaitu 640 Nm. Enjin tersebut dipadankan bersama transmisi lapan kelajuan automatik.

Daya pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya mengambil masa sebanyak 4.8 saat sahaja.

Pacuan roda hadapan kereta ini digerakkan oleh enjin normal manakala roda belakang pula dipacu secara bebas oleh motor elektrik.

 

Volvo S90 T8 Inscription CKD

 

Selain itu, keupayaan dan fasiliti kilang di Shah Alam dalam memasang kenderaan hibrid juga bermakna ia sudah menjamin tempat dalam misi Volvo bagi memasarkan kenderaan yang menggunakan teknologi hibrid di peringkat global.

Sama seperti XC90 Twin Engine sebelum ini, S90 T8 Twin Engine akan turut dieksport ke beberapa negara serantau seterusnya membuktikan kemahiran tenaga kerja tempatan dan polisi kerajaan dalam menggalakkan teknologi automotif yang mesra alam.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…