Volvo S60 2019: Volvo pertama di pasang di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Volvo secara rasminya memperkenalkan sedan saiz pertengahan S60 dan merupakan kenderaan Volvo pertama yang akan dipasang di Amerika.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berkongsi platform yang sama digunakan pada wagon V60 dan crossover XC60, sedan S60 ini juga turut berkongsi pelbagai ciri keselamatan terkini sebagaimana yang ditawarkan pada rangkaian kereta Volvo sebelum ini. 

 


S60 juga turut hadir dengan versi T8 Hybrid yang menawarkan kuasa setinggi 400 hp daripada enjin empat silinder turbo dan supercharger itu, serta turut diberikan motor elektrik pada gandar belakang. 

Sekiranya anda mahukan lebih kuasa, versi Polestar-Engineered juga turut ditawarkan dengan kuasa maksimum 415 hp dan daya kilas sebesar 669 Nm. 

Varian T8 Polestar Engineered ini membolehkan S60 memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat, meletakkannya setaraf dengan sedan sports seperti Audi S4 dan Mercedes-AMG C43. 

Tidak terhenti setakat modifikasi bahagian enjin, bahagian lain juga turut diberikan perhatian oleh pihak Polestar seperti sistem gantungan Ohlins, sistem brek Brembo, rim 19 inci dan juga strut-tower brace di bawah hud enjin. 
 


Volvo S60 ini bakal dijual pada tanda harga $35,800 (RM144k++) untuk varian T5 250 hp pacuan roda hadapan sehingga $55,400 (RM222k++) untuk versi T8 Hybrid. 

Manakala varian Polestar Engineered masih lagi belum diumumkan harga jualannya setakat ini dan ia hanya boleh didapati menerusi sistem langganan Volvo Care. 

S60 akan mula dihasilkan di kilang pemasangan terbaharu Volvo bertempat di Ridgeville, South Carolina. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…